PUTRAJAYA 12 Feb. – Semua siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaksanakan dengan tegas selaras peruntukan undang-undang, berpandukan kepada bukti dan dijalankan secara bebas tanpa rasa takut atau pilih kasih. Justeru SPRM menyangkal dakwaan terdapat siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu dipengaruhi kepentingan peribadi. Menurut SPRM, sebarang keputusan berkaitan pendakwaan adalah tertakluk kepada budi bicara pendakwaan dan kuasa kehakiman oleh Jabatan Peguam Negara serta sistem kehakiman, selaras dengan kerangka perundangan Malaysia yang berasaskan prinsip pengasingan kuasa. “Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan, fungsi dan peranan SPRM dikuatkuasakan oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…
Read MoreDay: February 12, 2026
17 ketua bahagian desak Hamzah dipecat
SEPANG 12 Feb. – Tujuh belas ketua bahagian Bersatu dan kepemimpinan parti itu di Johor mendesak supaya Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin dipecat daripada jawatan serta keanggotaannya dalam parti. Desakan itu berkaitan dengan dasar salah laku kepemimpinan yang berat, pelanggaran perlembagaan parti secara sistematik, kegagalan moral dan hilangnya kelayakan Hamzah untuk terus memegang sebarang jawatan atau keanggotaan dalam Bersatu. Menerusi kenyataan berbentuk memorandum bersama itu, desakan untuk pemecatan Hamzah bukan disebabkan sentimen politik namun melihat kepada aspek disiplin serta integriti kepimpinan pemimpin kanan itu. “Kepercayaan terhadap Hamzah sudah runtuh sepenuhnya, khususnya…
Read MoreSiasat Azam tanpa layanan berbeza
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Isu dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, dalam sebuah syarikat, perlu ditangani tanpa layanan berbeza atau sikap ‘double standard’. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Mas Ermieyati Samsudin, juga mengulangi desakan supaya Azam meletak jawatan dan disiasat. Ia susulan laporan agensi berita antarabangsa, Bloomberg yang mendakwa teraju SPRM itu memegang jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan, berdasarkan pemfailan korporat. “Beliau (Azam) harus disiasat. Semalam, saya mendesak beliau meletak jawatan, dan saya rasa ramai pihak yang meminta beliau…
Read MoreSpeaker minta atasi kera berkeliaran di kawasan Parlimen
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Isu kera yang semakin banyak berkeliaran di kawasan Parlimen yang dibangkitkan Yang Dipertua, Johari Abdul menarik perhatian anggota Dewan Rakyat. Johari meminta Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, menyelesaikan segera isu kera itu termasuk mempercepat usaha pemandulan sebagai salah satu kaedah bagi mengawal populasi haiwan itu. Permintaan Johari itu sedikit mencuri perhatian apabila menyatakan masalah kera yang dimaksudkan beliau untuk diselesaikan adalah yang berkeliaran di luar Dewan Rakyat dan bukannya yang berada di dalam dewan itu. “Kita mandulkan kera-kera ini,…
Read MoreBerita pilihan….
Tiada persetujuan muktamad Trump, Netanyahu
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tidak mencapai sebarang persetujuan muktamad sama ada mengenai isu Gaza atau hala tuju berhubung Iran. Bagaimanapun beliau menegaskan rundingan dengan Tehran akan diteruskan bagi melihat sekiranya perjanjian boleh dicapai. “Tiada perkara muktamad dicapai melainkan saya menegaskan bahawa rundingan dengan Iran diteruskan untuk melihat sama ada perjanjian boleh dimeterai atau tidak,” kata Trump dalam hantaran di media sosial selepas bertemu Netanyahu. Trump memberitahu Fox Business dalam satu temu bual yang disiarkan pada Selasa bahawa perjanjian…
Read MoreArab Saudi ambil langkah awal musim haji
RIYADH – Visa Haji bagi musim 1447 Hijrah atau 2026 mula dikeluarkan seawal 8 Februari lalu kira-kira empat bulan sebelum musim ibadah bermula, berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pengeluaran visa lebih awal adalah sebahagian daripada kalendar operasi strategik bagi memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan dan infrastruktur sebelum ketibaan jemaah. Kementerian turut memaklumkan bahawa semua kontrak perkhidmatan di Tanah Suci, termasuk penginapan di Makkah dan Madinah serta perkhidmatan pengangkutan di lokasi ibadah, telah dimuktamadkan pada Januari 2026. Pendaftaran jemaah di negara-negara peserta pula dibuka sejak Oktober tahun lalu…
Read More