45,000 rayu isi 250 kekosongan di MRSM

SEPANG 6 Feb. – Lebih 45,000 rayuan diterima bagi kemasukan ke Tingkatan Satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini, kata Pengerusi MARA,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menyifatkan permohonan kali ini luar biasa, namun memaklumkan hanya 250 kekosongan ditawarkan.

“Tempat kekosongan MRSM Tingkatan Satu hanya 250, yang merayu lebih 45,000. Memang permohonan kali ini luar biasa ramai dan amat sedikit yang tolak tawaran.

Syukurlah bagi yang berjaya. Buat yang gagal, ada hikmah lain, insya-Allah,” katanya.

Asyraf Wajdi juga memaklumkan, sebanyak 58 MRSM di seluruh negara menawarkan 7,580 tempat untuk Tingkatan Satu dengan permohonan yang diterima lebih 100,000.

“Bila dah daftar, ada yang tolak dan buat keputusan keluar (MRSM). Jumlah akhir yang keluar dan menolak tawaran hanya 250 orang, sedangkan yang merayu lebih 45,000 orang,” katanya.

Nnn

Foto Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika ‘terjah’ MRSM Tun Ghazalie Shafie, Lips baru-baru ini.

Related posts

Leave a Comment