SEPANG 6 Feb. – Lebih 45,000 rayuan diterima bagi kemasukan ke Tingkatan Satu di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini, kata Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau menyifatkan permohonan kali ini luar biasa, namun memaklumkan hanya 250 kekosongan ditawarkan. “Tempat kekosongan MRSM Tingkatan Satu hanya 250, yang merayu lebih 45,000. Memang permohonan kali ini luar biasa ramai dan amat sedikit yang tolak tawaran. Syukurlah bagi yang berjaya. Buat yang gagal, ada hikmah lain, insya-Allah,” katanya. Asyraf Wajdi juga memaklumkan, sebanyak 58 MRSM di seluruh…
Read MoreDay: February 6, 2026
Dr Mahathir bermalam di rumah, siang di IJN
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Selepas genap sebulan dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan patah tulang pinggul kanan, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang dan bermalam di kediamannya di The Mines. Bagaimanapun pada waktu siang, Dr Mahathir akan kembali ke IJN untuk meneruskan rawatan dan pemerhatian pihak perubatan. Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff, berkata, setakat ini pasukan perubatan di IJN berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas bekas Perdana Menteri itu terhadap langkah-langkah perubatan dan fisioterapi. “Walaupun dibenar pulang ke rumah secara berperingkat, Dr Mahathir tetap…
Read MoreDibenarkan guna Alhamdulillah dengan niat baik
SEPANG 6 Feb . – Penggunaan lafaz seperti “Alhamdulillah” dan “Insya-Allah” oleh bukan Muslim adalah dibenarkan selagi digunakan dengan niat baik, beradab serta menghormati makna asal lafaz tersebut. Walaupun ungkapan berkenaan pada hakikatnya merupakan lafaz keimanan yang merujuk kepada pengakuan dan pujian kepada Allah, namun dari sudut bahasa dan adat, ia tidak terhad kepada orang Islam sahaja. MenuKetua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Dr Mohamed Azam Mohamed, dalam konteks masyarakat majmuk, hukum penggunaan lafaz berkenaan oleh bukan Muslim bergantung kepada niat dan konteks. Ini selaras dengan kaedah…
Read MoreBerita pilihan…
Trumph tolak lanjut perjanjian New SMART
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menolak cadangan Presiden Rusia, Vladimir Putin, untuk melanjutkan secara sukarela had penempatan senjata nuklear strategik selepas perjanjian New START tamat tempoh. Sebaliknya Trump mahu perunding dari kedua-dua negara duduk semeja bagi merangka perjanjian baharu, sambil menyifatkan perjanjian lama sebagai “dirunding dengan teruk”. “Daripada melanjutkan ‘New START’, satu perjanjian yang dirunding dengan teruk oleh AS dan, selain itu, dilanggar secara besar-besaran, kita sepatutnya mengarahkan pakar nuklear kita untuk merangka satu perjanjian baharu yang lebih baik, moden dan mampu bertahan lama,” kata Trump menerusi…
Read More52.9 juta mengundi PRU Thailand
BANGKOK – Sebanyak 52.9 juta pengundi akan memilih 500 ahli Dewan Perwakilan pada pilihan raya umum (PRU) Thailand pada Ahad ini selepas Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, membubarkan Parlimen pada 12 Disember lepas. Di samping akan menentukan Perdana Menteri baharu, pengundi juga akan menyertai referendum perlembagaan kebangsaan bagi menggantikan Piagam 2017. Pilihan raya awal itu diadakan selepas Anutin , perdana menteri ketiga negara itu sejak pilihan raya 2023, membubarkan Dewan Perwakilan ketika berdepan undi tidak percaya yang semakin hampir. PRU kali ini dijangka menjurus kepada pertembungan tiga penjuru antara Parti Bhumjaithai…
Read More