Kuasa pengampunan bukan hadiah politik

SEPANG 2 Feb . – Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan wajar dilihat dengan emosi dan jiwa yang tenang, bukannya dengan kepala yang dingin atau sentimen berlebihan. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika bertitah demikian juga menegaskan bahawa kuasa pengampunan itu juga bukanlah hadiah politik, jauh sekali suatu bentuk simpati peribadi. Sebaliknya titah baginda ia adalah mekanisme perlembagaan yang sah dan berfungsi sebagai imbangan terakhir dalam sistem keadilan yang bersifat menghukum. “Sebarang pengurangan hukuman tidak sesekali memadamkan sabitan mahkamah, tidak menghapuskan rekod kesalahan…

Read More

2025 catat 19.5 juta jemaah haji, umrah

JEDDAH – Sepanjang tahun 2025 yang lalu, Arab Saudi merekodkan kehadiran 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari luar negara dengan mencatatkan kadar kepuasan melebihi 90 peratus bagi perkhidmatan disediakan. Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), yang memetik laporan Pusat Pengukuran Prestasi Entiti Awam Kebangsaan (Adaa), angka itu mencerminkan pembangunan pesat perkhidmatan Kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji dan umrah selaras dengan sasaran Wawasan Saudi 2030. Program Pengalaman Jemaah – satu daripada program bagi merealisasikan Wawasan Saudi 2030 – menyatakan bahawa penambahbaikan itu merangkumi kedua-dua musim haji dan umrah. Di…

Read More

Kenapa takut dengan kajian? – Hanna Yeoh

SEPANG 2 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh tampil mempersoalkan sikap sesetengah pihak yang “takut dengan kajian”dipercayai merujuk tindakannya mengarahkan kementeriannya menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur. Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, beliau menjelaskan bahawa pendidikan tinggi mengajar kita meneliti dan memahami isu serta membuat kajian yang mendalam, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan. “Jika kita mahukan keputusan yang tepat dan meyakinkan, kita memerlukan data dan fakta yang tepat. “Sebab itulah saya sangat menghargai setiap proses pembelajaran dalam mendapatkan Ijazah…

Read More

Operasi aerotren ikut perancangan

SEPANG 2 Feb. – Aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan dan gangguan perkhidmatan ketika fasa awal pengoperasian lazim berlaku untuk sistem yang kompleks. Penilai bebas sistem tren juga mendapati gangguan berkenaan tidak mencetuskan risiko keselamatan dan kawalan kejuruteraan yang teratur serta pemantauan berterusan telah dilaksanakan untuk menguruskan isu itu dengan berkesan. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ketika pelaksanaan pelan tindakan komprehensif (CAP) yang bermula pada 15 November tahun lalu, operasi aerotren kekal stabil merekodkan ketersediaan operasi perkhidmatan sebanyak 100…

Read More

DAPSY Selangor pertahan pilihan raya Datuk Bandar KL

SEPANG 2 Feb. – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor mempertahankan cadangan kajian mengadakan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Setiasusaha Publisiti DAPSY Selangor Edmund Lim berkata, pilihan raya Datuk Bandar dan Ahli Majlis bukan sekadar soal sistem, tetapi soal prinsip bahawa bandar dan komuniti seharusnya dipimpin oleh mereka yang dipilih oleh rakyat, untuk rakyat. Beliau pada masa sama yang membidas Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang menentang cadangan itu dan menyifatkan ADUN Merlimau itu semakin hampir dengan…

Read More

Pilihan raya Datuk Bandar, UMNO jangan lalai

SEPANG 2 Feb. – UMNO perlu menubuhkan segera sekretariat khas untuk mengemukakan respon balas terhadap kajian untuk mengadakan pilihan raya jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dr Puad Zarkashi berkata, cadangan yang didakwa dikemukan Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh itu satu isu serius. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau bimbang pilihan raya itu jika diadakan bukan sahaja akan dipengaruhi oleh parti politik dan sentimen perkauman tetapi juga oleh kartel dan gangster. “Media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh berkata kajian untuk mengadakan pilihan raya jawatan Datuk Bandar…

Read More

Iran: Trump harap dapat capai perjanjian

PARIS – Presiden Donald Trump, berharap dapat mencapai perjanjian dengan Iran selepas pemimpin tertinggi negara itu memberi amaran bahawa sebarang serangan AS ke atas republik Islam berkenaan akan mencetuskan perang serantau. Trump sebelum ini mengancam tindakan ketenteraan dan mengarahkan kumpulan kapal pengangkut pesawat ke Asia Barat susulan tindak balas berdarah pihak berkuasa Iran terhadap protes anti-kerajaan yang memuncak bulan lalu. “Harapnya kita akan mencapai satu perjanjian. Jika kita tidak mencapai perjanjian, maka kita akan lihat sama ada dia benar atau tidak,” katanya. Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, semalam menyamakan…

Read More

Kematian orang awam menyayat hati

BANDAR GAZA: Ketua Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG) Ali Shaath menyifatkan kematian orang awam Palestin dalam serangan Israel di wilayah itu sejak kebelakangan ini sebagai “menyayat hati” Menerusi hantaran di platform media sosial X, Ali Shaath mengucapkan takziah kepada keluarga yang sedang berduka dan menuntut pematuhan terhadap perjanjian gencatan senjata 10 Oktober. Sekurang-kurangnya 37 rakyat Palestin terbunuh dalam siri serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Sabtu, yang melanggar perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober 2025. Beliau berkata, NCAG badan bukan politik yang ditugaskan mengurus hal…

Read More