KUALA LUMPUR 1 Feb . – “Muhyiddin tidak berbohong” demikian penegasan bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin Yassin, Dr Marzuki Mohamad, berhubung cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN). Sebaliknya beliau mendakwa kem Hamzah Zainuddin sedang menuduh Muhyiddin kononnya berbohong mengenai pemansuhan jawatan Pengerusi PN dan menyifatkan ia sebahagian daripada gerakan “Muhyiddin Exit” dikepalai Hamzah. Marzuki berkata sebagai saksi hidup yang berada ketika pertemuan Muhyiddin bersama tiga pemimpin Pas, baru-baru ini, beliau mempertahankan keputusan untuk memansuhkan jawatan terbabit dicapai hasil perbincangan itu. Katanya, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga hadir dalam…
Read MoreDay: February 1, 2026
3 bekas ADUN Pas mohon keahlian baharu
KANGAR 1 Feb. – Majlis Syura Ulama (MSU) Pas menerima borang permohonan keahlian baharu dikemukakan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang dihentikan keahlian masing-masing susulan kemelut politik Perlis sebelum ini. Tiga bekas ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji). Dalam satu kenyataan, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Yahaya, memaklumkan permohonan itu akan diserahkan kepada pejabat Setiausaha Agung parti untuk pertimbangan Pas Pusat. “Keputusan Majlis Syura Ulama Pas berkaitan rayuan tiga mantan ADUN Perlis ialah – MSU…
Read MoreBerita pilihan….
12 kematian kolera dalam 24 jam
LILONGWE (Malawi) – Direktorat Kesihatan Awam melaporkan Mozambique merekodkan 12 kematian akibat kolera dalam tempoh 24 jam lalu, selain 135 kes baharu. Sejak wabak semasa bermula pada September tahun lepas, kes-kes baharu melonjak di wilayah Tete, Nampula, dan Cabo Delgado, lokasi 12 kematian berlaku. Tete, yang terletak di wilayah tengah negara di Tenggara Afrika itu, menjadi pusat wabak berkenaan dengan angka korban meningkat lebih dua kali ganda dalam beberapa hari kebelakangan ini dan 87 pesakit baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Pada 28 Januari sahaja, Mozambique merekodkan 135 kes baharu,…
Read MoreDasar berasaskan umur akses platform digital
NEW DELHI – Penasihat ekonomi utama India mencadangkan dasar berasaskan umur bagi akses ke platform digital kerana pengguna muda lebih terdedah kepada penggunaan kompulsif dan kandungan berbahaya. Tinjauan ekonomi 2025-26 melaporkan penasihat kerajaan, V. Anantha Nageswaran, membincangkan tindak balas India terhadap ketagihan digital, berkata bahawa “keluarga perlu dididik dan digalakkan untuk menetapkan had masa skrin, jam tanpa peranti dan aktiviti luar talian bersama.” “Dasar mengenai had akses berasaskan umur boleh dipertimbangkan, kerana pengguna muda lebih terdedah kepada penggunaan kompulsif dan kandungan berbahaya,” katanya. Katanya, platform digital “perlu bertanggungjawab dalam menguatkuasakan…
Read More