AS gerakkan armada ke arah Iran

AMERIKA Syarikat (AS), menggerakkan sebuah “armada” ke arah Iran, sambil mengulangi amaran kepada Tehran agar tidak membunuh penunjuk perasaan atau menghidupkan semula program nuklearnya.

Presiden Donald Trump, bagaimanapun berharap AS tidak perlu menggunakan armada itu.

“Kami mempunyai banyak kapal menuju ke arah itu, sebagai langkah berjaga-jaga… Saya tidak mahu apa-apa berlaku, tetapi kami memerhati mereka dengan sangat rapat,” kata Trump kepada wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari Davos, Switzerland.

Menurut pegawai AS yang enggan dikenali, kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln serta beberapa pemusnah berpeluru berpandu dijangka tiba di Asia Barat dalam beberapa hari lagi.

Seorang pegawai turut memaklumkan, Washington sedang mempertimbangkan penempatan sistem pertahanan udara tambahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan ke atas pangkalan AS di rantau itu.

Penempatan ini dilihat sebagai langkah memperluas pilihan ketenteraan AS – baik dari segi mempertahankan asetnya ketika ketegangan memuncak mahupun mempersiapkan tindakan susulan selepas serangan ke atas beberapa lokasi nuklear Iran pada Jun lalu.

“Kami mempunyai banyak kapal menuju ke arah itu, sebagai langkah berjaga-jaga… Saya tidak mahu apa-apa berlaku, tetapi kami memerhati mereka dengan sangat rapat,” kata Trump kepada wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari Davos, Switzerland.

Kapal-kapal tersebut mula digerakkan dari Asia Pasifik minggu lalu ketika hubungan Teheran–Washington kembali tegang ekoran tindakan keras terhadap gelombang protes yang tercetus di Iran beberapa bulan kebelakangan ini.

Trump turut menegaskan Amerika Syarikat akan bertindak jika Iran kembali memulihkan program nuklearnya selepas serangan tersebut.

“Jika mereka cuba melakukannya semula, mereka perlu pergi ke lokasi lain. Kita akan serang lokasi itu juga, dengan mudah,” katanya.

Related posts

Leave a Comment