SHAH ALAM 24 Jan. – MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya S A Vigneswaran.
Beliau berkata walaupun PN sudah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang itu, penyertaan perlu dilaksanakan mengikut proses rasmi.
“Saya akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam masa terdekat bagi membincangkan butiran lanjut mengenai perkara ini dan merasmikan kerjasama antara MIC dan PN,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan Ponggal di sini hari ini.
Vigneswaran berkata demikian kepada media selepas menghadiri sambutan Ponggal di Shah Alam, hari ini.
Khamis lalu, bekas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan gabungan itu meluluskan permohonan MIC untuk menyertai PN.
Muhyiddin berkata, PN sudah mencapai kata sepakat untuk menerima parti berasaskan kaum India itu seawal tahun lalu dan menunggu MIC melakukannya secara rasmi.
Spekulasi mengenai kemungkinan MIC keluar daripada BN sudah lama berlegar dan kemuncaknya sejak Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 pada November lalu selepas perwakilan turut meluluskan resolusi memberi kuasa kepada kepemimpinan parti menilai semula kedudukan MIC dalam BN.
Mereka antara lain mendakwa peranan yang semakin mengecil dalam gabungan itu sebagai alasan utama.
Nnn
