MOSCOW – Data Penarafan Kekuatan Ketenteraan Global Firepower (GFP) 2026 menyenaraikan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling berkuasa di dunia dari segi kekuatan ketenteraan pada awal 2026.
Ini diikuti Rusia yang berada di kedudukan kedua daripada 145 negara yang dipertimbangkan untuk tinjauan tahunan GFP manakala Ukraine kini menduduki tempat ke-20.
Global Firepower merupakan penarafan kuasa ketenteraan yang diterbitkan sejak tahun 2005. Ia adalah sebahagian daripada rangkaian Military Factory yang membekalkan data mengenai persenjataan nasional.
Penarafan itu menilai lebih 60 faktor untuk mengira indeks kuasa ketenteraan bagi 145 negara, termasuk situasi kewangan, lokasi geografi, keupayaan logistik dan faktor-faktor lain.
Sementara itu China, India, Korea Selatan, Perancis, Jepun, United Kingdom, Turkiye dan Itali turut berada dalam senarai 10 teratas.
Global Firepower turut membentangkan penarafan kekuatan armada tentera laut bagi 51 negara berdasarkan jumlah tan di mana menurut statistik itu, tentera laut Rusia berada di kedudukan ketiga di peringkat global, di belakang AS dan China.
NNNNN
