PARIS – Perancis meluluskan rang undang-undang yang melarang kanak-kanak di bawah usia 15 tahun daripada menggunakan platform media sosial, langkah tegas yang bertujuan melindungi golongan muda daripada kesan negatif dunia digital.
Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis selepas perbahasan hangat dalam kalangan ahli parlimen.
Para penyokongnya berhujah bahawa pendedahan awal kepada media sosial menyumbang kepada masalah kesihatan mental, buli siber, ketagihan skrin dan penyebaran kandungan berbahaya dalam kalangan remaja.
Di bawah peraturan baharu itu, platform media sosial akan diwajibkan mengesahkan umur pengguna dan menghalang akses kepada mereka yang berusia di bawah 15 tahun, kecuali dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Syarikat teknologi yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan denda yang tinggi.
Kerajaan Perancis menyatakan langkah itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas untuk memperkukuh keselamatan kanak-kanak dalam talian, sambil menegaskan bahawa tanggungjawab melindungi golongan muda tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada keluarga semata-mata.
Bagaimanapun, pengkritik menyuarakan kebimbangan mengenai isu privasi dan keberkesanan penguatkuasaan, termasuk bagaimana pengesahan umur akan dilaksanakan tanpa mengumpul data peribadi secara berlebihan.
Nnn
