Dr Mahathir muncul di kafe

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad muncul di khalayak umum untuk kali pertama sejak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru, dilihat di sebuah kafe di Pavilion Bukit Damansara hari ini.

Beliau yang berkemeja berkolar lengan pendek dan kain pelekat duduk di kerusi roda ditemani isteri,  Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurut pegawainya,  Sufi Yusoff, turut sama Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Dr Mohamed Ezani Md Taib serta pegawai-pegawai perubatan IJN menghabiskan masa selama 40 minit.

“Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas ‘ice chocolate’ bagi outing pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari bagi rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines yang mengakibatkan tukang pinggul kanan beliau patah,” kata Sufi menerusi hantaran Facebook Dr Mahathir.

Sufi memberitahu, Dr Mahathir kemudiannya dibawa semula ke IJN untuk terus menerima rawatan dan masih belum dibebarkan pulang ke rumah.

“Lawatan masih lagi terhad kepada keluarga terdekat,” kata Sufi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment