DNAA 47 pertuduhan Zahid kini NFA

PUTRAJAYA 8 Jan. – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkait dana Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan, hari ini, AGC berkata keputusan berkenaan sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes terbabit dan ia selaras kuasa serta budi bicara Peguam Negara bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan. AGC menegaskan keputusan terbabit diambil berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan memastikan kepastian dan ketelusan…

Read More

Tanpa Pas, 4 ADUN Bersatu Exco Perlis

ARAU 8 Jan. – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Bersatu dilantik membarisi barisan exco negeri itu termasuk dua yang digugurkan dari barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis setahun yang lalu. ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan dan ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak membuat kemunculan semula bersama ADUN Bersatu, Izizam Ibrahim (DUN Titi Tinggi) dan Marzita Mansor (DUN Sena). Ini bermakna semua ADUN Bersatu yang menang pada pilihan raya umum lalu membentuk kerajaan termasuk menduduki kerusi Menteri Besar yang diduduki ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah.…

Read More

6 bulan lagi, pasport, MyKad wajah baharu

PUTRAJAYA 8 Jan. – Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dengan reka bentuk dan ciri keselamatan baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi. Menteri Dalam Negeri (KDN),  Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu bagi memperkukuh tahap keselamatan dokumen berkenaan selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa, termasuk membanteras pemalsuan MyKad. Katanya, pelaksanaan ini antara pencapaian penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri dan perjalanan negara. Bercakap pada sidang media Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini, beliau bagaimanapun…

Read More

AS tarik diri daripada 66 organisasi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan agensi-agensi kerajaan menarik diri daripada 66 organisasi antarabangsa yang menurut pentadbiran beliau tidak lagi berkhidmat untuk kepentingan AS. Trump menandatangani satu “Memorandum Presiden” yang ,mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan dan Agensi Eksekutif. Menurut maklumat yang dikongsi Rumah Putih, arahan melibatkan menghentikan penyertaan serta pembiayaan terhadap 35 organisasi bukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 31 entiti PBB yang beroperasi bertentangan dengan kepentingan nasional, keselamatan, kemakmuran ekonomi atau kedaulatan AS. Rumah Putih memaklumkan bahawa langkah tersebut susulan satu “semakan yang diarahkan awal tahun…

Read More

Komander presiden Venezuela dipecat

CARACAS –  Komander pasukan pengawal kehormat presiden, Jeneral Javier Marcano Tábata, dipecat beberapa hari selepas Nicolás Maduro ditahan oleh pasukan khas Amerika Syarikat (AS) dalam satu serbuan di Caracas. Perintah pemecatan dikeluarkan oleh Pemimpin interim Venezuela, Delcy Rodríguez, yang mengangkat sumpah sebagai presiden interim pada Isnin lalu di hadapan Perhimpunan Kebangsaan yang dikuasai sekutu kerajaan. Maduro ditahan dan dibawa ke New York untuk menghadapi pertuduhan berkaitan narco-keganasan manakala pasukan pengawal kehormat presiden merupakan unit tentera elit yang bertanggungjawab melindungi ketua negara. Walaupun kerajaan Venezuela belum mengeluarkan butiran rasmi mengenai jumlah…

Read More

Pemecatan Saifuddin cacat

SEPANG 7 Jan. – Pemecatan Saifuddin Abdullah daripada Bersatu adalah ‘cacat’, bertentangan dengan semangat dan prinsip perlembagaan parti kerana ia didakwa dilakukan tanpa persidangan rasmi Lembaga Disiplin (LD) parti itu. Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, sebagai peguam beliau menegaskan pemecatan tanpa persidangan LD ini bukan isu teknikal kecil tetapi isu keabsahan keputusan. “Saya tidak mempertahankan mana-mana individu, saya mempertahankan perlembagaan, proses dan integriti parti. Apabila proses dipintas, keputusan yang terhasil bukan lagi ketegasan, tetapi penyalahgunaan kuasa. Lebih mendukacitakan, apabila kecacatan proses ini cuba ditutup dengan…

Read More

Prasarana catat 1.31 juta penumpang harian

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan Pulau Pinang merekodkan jumlah perjalanan penumpang harian sebanyak 1.31 juta, tahun lalu. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 1.18 juta pada tahun sebelumnya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, Prasarana juga berjaya mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya iaitu sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025. “Pencapaian ini membuktikan kebolehpercayaan operasi perkhidmatan rel dan bas yang semakin kukuh dan konsisten. “Prasarana juga berjaya mengurangkan jumlah bilangan gangguan perkhidmatan…

Read More

Sayap DAP gesa Akmal letak jawatan

SEPANG 7 Jan . – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan sebagai Exco Melaka dan melaksanakan pendirian untuk keluar Kerajaan Perpaduan. Sayap DAP itu menegaskan, tindakan berkenaan perlu diambil, susulan penegasan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, bahawa partinya akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan. Dalam satu kenyataan hari ini, DAPSY juga menyifatkan gimik “keluar kerajaan” yang dimainkan oleh Akmal dalam beberapa hari ini terbukti adalah bahan lawak politik yang memalukan diri sendiri berikutan penegasan Ahmad Zahid.…

Read More