SEPANG 7 Jan. – Semua ahli dan pimpinan UMNO seharusnya kekal tenang dan berhemah, tanpa perlu menyerang, memaki atau menghina mana-mana pihak susulan perkembangan selepas Konvensyen Khas Pemuda UMNO baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Subang Dr Armand Azha Abu Hanifah berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada Presiden, Majlis Tertinggi UMNO dan kepemimpinan parti untuk berbincang secara matang dan mencari penyelesaian terbaik demi masa depan UMNO. “Saya yakin setiap pemimpin yang diberi amanah dalam parti ini mempunyai satu matlamat yang sama melihat UMNO kembali kuat, bersatu dan menjadi pilihan rakyat…
Read MoreMonth: January 2026
Dr Akmal mahu berundur dari UMNO?
SEPANG 7 Jan. – Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh “mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” menimbulkan persoalan sama ada beliau akan meninggalkan jawatannya sebagai pemimpin sayap parti itu. Kenyataan itu susulan ideanya untuk menuntut UMNO keluar dari kerajaan perpaduan ditolak oleh Presidennya Dr Zahid Hamidi yang menegaskan akan bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang. “Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya menerusi Facebooknya. Dalam masa…
Read MoreBerita pilihan…
Trump dakwa Venezuela setuju pindah minyak
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pihak berkuasa interim di Venezuela telah bersetuju untuk memindahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan ke AS untuk dijual pada harga pasaran. Menerusi platform Truth Social, Trump berkata, minyak ini akan dijual pada harga pasaran, dan wang itu akan dikawal oleh beliau, sebagai Presiden AS bagi memastikan ia digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan AS. Presiden itu menambah, Setiausaha Tenaga Chris, Wright telah diminta melaksanakan rancangan berkenaan “dengan segera”, dengan minyak itu akan diangkut menggunakan…
Read MoreVenezuela berkabung tujuh hari
CARACAS – Venezuela, mengisytiharkan tujuh hari berkabung bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) di Caracas. Bagaimanapun, setakat ini belum mengumumkan jumlah rasmi korban atau kecederaan akibat serangan AS, yang menyasarkan Presiden Nicolas Maduro. Pemangku Presiden, Delcy Rodriguez turut menuntut pemulangan Maduro dan isterinya, Cilia Flores, yang kini berada dalam tahanan AS di Pusat Tahanan Metropolitan, Brooklyn, New York. Kedua-duanya pada Isnin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dadah dan senjata. “Tiada perang di sini kerana kami bukan negara yang berperang. Kami adalah rakyat, sebuah negara yang cintakan…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 07.01.2026
Bersatu pecat Saifuddin Abdullah
SEPANG 6 Jan. – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dipecat daripada keahlian Bersatu, berkuat kuasa hari ini, selepas didakwa melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti. Beliau yang sebelum ini digugurkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang menerima surat daripada Lembaga Tatatertib Bersatu petang ini, difahamkan hasil satu mesyuarat yang diadakan semalam. Saifuddin memaklumkan akan mengemukakan rayuan dalam beberapa hari lagi berhubung keputusan itu. Tiada butiran lanjut yang memperincikan kesalahan khusus yang dilakukannya. Sebelum ini, Bersatu memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama…
Read MoreDr Mahathir patah tulang bahagian pinggul
KUALA LUMPUR 6 Jan. – Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pagi ini, disahkan mengalami patah tulang di bahagian pinggul kanan selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya. Setiausaha Akhbarnya, Sufi Yusoff, berkata sehubungan itu bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu dijangka memerlukan rawatan dan pemerhatian doktor di hospital bagi tempoh beberapa minggu lagi. “Selepas menjalani penilaian perubatan, disahkan bahawa Tun (Dr Mahathir) mengalami patah tulang pada bahagian pinggul kanan. “Tun dijangka dimasukkan ke hospital untuk tempoh beberapa minggu bagi rawatan dan pemerhatian,” katanya melalui saluran kumpulan…
Read MoreHaramkan vape sistem terbuka tahun ini
PUTRAJAYA 6 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk melaksanakan pengharaman penjualan rokok elektronik atau vape sistem terbuka pada tahun ini, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, ia bertujuan mengekang penyalahgunaan cecair yang mengandungi bahan sintetik dalam vape seperti dadah dan KKM tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). “Berhubung isu rokok dan vape, pendirian saya kekal. Penguatkuasaan penuh akta ini adalah tanggungjawab moral kita untuk melindungi generasi akan datang daripada ancaman penyakit tidak berjangkit (NCD) dan popcorn lung (bronchiolitis obliterans). “Ini…
Read MorePM: Bergantung prestasi bukan masa
ALOR SETAR 6 Jan. – Tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri bergantung kepada prestasi penyandang jawatan itu, bukannya tempoh masa, kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata, tidak menjadi masalah masalah sekiranya penyandang jawatan itu menunjukkan prestasi yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat serta negara. “Kalau prestasi PM bagus, berapa penggal pun tak mengapa, sehingga 10 tahun, 10 penggal pun tak ada masalah. Kalau prestasi PM itu tidak bagus, tak payah tunggu habis satu penggal,” katanya. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memaklumkan Rang…
Read More