Komander presiden Venezuela dipecat

CARACAS –  Komander pasukan pengawal kehormat presiden, Jeneral Javier Marcano Tábata, dipecat beberapa hari selepas Nicolás Maduro ditahan oleh pasukan khas Amerika Syarikat (AS) dalam satu serbuan di Caracas.

Perintah pemecatan dikeluarkan oleh Pemimpin interim Venezuela, Delcy Rodríguez, yang mengangkat sumpah sebagai presiden interim pada Isnin lalu di hadapan Perhimpunan Kebangsaan yang dikuasai sekutu kerajaan.

Maduro ditahan dan dibawa ke New York untuk menghadapi pertuduhan berkaitan narco-keganasan manakala pasukan pengawal kehormat presiden merupakan unit tentera elit yang bertanggungjawab melindungi ketua negara.

Walaupun kerajaan Venezuela belum mengeluarkan butiran rasmi mengenai jumlah korban, anggota pasukan itu dipercayai antara puluhan yang terkorban semasa operasi penahanan Maduro oleh AS.

Sementara itu, Rodríguez, yang mengangkat sumpah sebagai presiden interim sebelum ini berkhidmat sebagai naib presiden di bawah Maduro dan dianggap sebagai sekutu rapat pemimpin yang kini dipenjarakan itu.

Presiden AS Donald Trump dalam sidang media selepas penahanan Maduro menyatakan bahawa Washington akan “mengendalikan” Venezuela dan memberi amaran bahawa Rodríguez akan berdepan “nasib lebih buruk daripada Maduro” sekiranya enggan memenuhi tuntutan AS, termasuk penyerahan minyak.

Nnn

Related posts

Leave a Comment