Perkukuh undang-undang lompat parti atau mansuh

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Ketua Whip Bersatu, Dr Ronald Kiandee menggesa Parlimen meneliti, meminda dan memperkukuhkan semula undang-undang lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663). Dalam kenyataannya, Naib Presiden Bersatu itu berkata, jika Parlimen tidak bersedia atau tidak berani untuk memperbetulkan kelemahan yang ketara ini, maka lebih baik undang-undang tersebut dimansuhkan. Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Bersatu terhadap empat bekas ahli parti yang melompat parti selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan kini bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ahli Parlimen itu adalah…

Read More

UMNO nafi dakwaan Akmal letak jawatan

KUALA LUMPUR 9 Jan.  – Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menafikan dakwaan peletakan jawatan Ketua Pemuda UMNO,  Dr Akmal Saleh, yang tular di media sosial hari ini. Beliau berkata pihaknya tidak berpandukan kepada spekulasi atau khabar angin yang berlegar di media sosial dalam menentukan kedudukan kepimpinan parti. “Tidak ada. Setakat ini tiada surat rasmi diterima. Sebagai Setiausaha Agung parti, kita tidak berpandukan kepada apa yang diperkatakan di media sosial atau cakap-cakap yang berlegar,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu. Sebelum ini, sebuah portal mendakwa Akmal sudah menyatakan hasratnya…

Read More

104 bahagian hantar usul ampun Najib

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Sebanyak 104 bahagian sudah menghantar usul berhubung pengampunan penuh terhadap Datuk Seri Najib Razak untuk dibahaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan diadakan dari 14 hingga 17 Januari ini. Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata usul berhubung pengampunan untuk bekas Perdana Menteri itu adalah yang paling banyak diterima daripada keseluruhan 662 usul susulan persidangan bahagian-bahagian tahun lalu. UMNO mempunyai 191 bahagian di seluruh negara, kecuali Sarawak. Menurut Dr Asyraf Wajdi, dalam aspek pendidikan – sebanyak 56 bahagian mengusulkan supaya kerajaan memperluaskan pelaksanaan…

Read More

MB Perlis pegang 6 portfolio, Exco 4 portfolio

ARAU 8 Jan. – Menteri Besar Abu Bakar Hamzah memegang enam portfolio manakala empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masing-masing diberi tanggungjawab empat portfolio bagi melancarkan pentadbiran kerajaan negeri. Abu Bakar bertanggungjawab terhadap portfolio Pentadbiran dan Kewangan; Pelaburan dan Ekonomi; Tanah dan Sumber Asli; Pelancongan dan Seni Budaya; Infrastruktur dan Kemajuan Luar Bandar; Keselamatan dan Hubungan Sempadan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Izizam Ibrahim pula memegang portfolio Hal Ehwal Agama; Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kepenggunaan serta Sumber Manusia dan Modal Insab. Megat Hashirat Hassan (Pauh) pula bertanggungjawab…

Read More

Tidak peduli gencatan senjata

KHAN YOUNIS – Perjanjian gencatan senjata yang dimeterai pada Oktober lalu tidak menghalang Israel untuk terus mengebom penduduk Palestin apabila sekurang-kurangnya tiga penduduk terbunuh dan tiga lagi cedera. Mereka terbunuh selepas khemah sebuah keluarga di kawasan al-Mawasi, Khan Younis, selatan Gaza, dibom oleh tentera Israel manakala salah seorang daripada mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal Serangan ini berlaku ketika Israel meneruskan kempen ketenteraan di Gaza, walaupun perjanjian gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat telah berkuat kuasa sejak 10 Oktober. Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, sekurang-kurangnya 425 rakyat Palestin…

Read More

Hamas sedia mudahkan serah tanggungjawab

BANDARAYA GAZA – Hamas menyatakan kesediaan untuk memudahkan pemindahan tanggungjawab pentadbiran di Semenanjung Gaza kepada sebuah jawatankuasa bebas yang akan dibentuk. Kumpulan itu juga menegaskan yang ia tidak berhasrat untuk terlibat dalam sebarang pengaturan tadbir urus masa depan di wilayah itu. Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata kumpulan itu sedang menunggu pembentukan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyelia pentadbiran Gaza merangkumi pelbagai sektor, sambil menyatakan yang cadangan itu menerima sokongan Hamas serta beberapa puak Palestin lain. Katanya, pergerakan itu akan memudahkan proses penyerahan dan menyokong kerja jawatankuasa berkenaan, sambil…

Read More

Ada ‘komplikasi’ Pas, Hamzah ketuai PN

SEPANG 8 Jan. – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mendakwa terdapat dua komplikasi yang akan dihadapi Perikatan Nasional (PN) jika gabungan itu memilih Pas bagi  menggantikan  Muhyiddin Yassin yang meletak jawaran. Komplikasi pertama berkait dengan mandat yang diberikan kepada Gerakan dan MIPP untuk mencari undi bukan Melayu untuk PN. “Saya dimaklumkan wujud kebimbangan di kalangan Gerakan dan MIPP bahawa mereka tidak dapat menunaikan mandat mencari undi bukan Melayu kerana kemungkinan imej PN di mata rakyat akan berubah jika Pas menjadi Pengerusinya. Benar, sebelum ini ada persoalan mengenai…

Read More

Syukur kebenaran terbukiti jua – Zahid

SEPANG 8 Jan.  – “Kebenaran terbukti jua”. Itu reaksi  Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkait dana Yayasan Akalbudi. Timbalan Perdana Menteri yang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi laman Facebooknya malam ini, juga bersyukur dengan keputusan AGC itu. “Syukur Alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,” kata Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu. AGC dalam satu kenyataan petang ini memaklumkan keputusan itu sekali gus membawa kepada penamatan kes terbabit,…

Read More