Month: January 2026
Lahirkan lebih ramai huffaz profesional – Zahid
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan tahfiz diangkat sebagai satu daripada agenda utama kebangkitan pendidikan Melayu. Beliau tidak mahu sekadar melahirkan huffaz yang hanya dihormati di mimbar tetapi terpinggir dalam ekonomi. “Saya mahu lebih ramai jurutera huffaz, teknologis huffaz, akauntan huffaz dan usahawan huffaz. Inilah wajah baharu Melayu, berakar kukuh pada wahyu, namun melangkah pantas dan yakin dalam ekonomi moden,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu di Hotel Seri Pacific,…
Read MoreJangka hayat Pas lebih lama?
SEPANG 13 Jan. – – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyangkal dakwaan bahawa parti itu akan terbubar sendiri sebaliknya yakin hayat politik Pas jauh lebih lama daripada UMNO. “Saya tidak mendoakan UMNO bubar — kerana UMNO masih punya peranan dan juga kekuatannya yang tersendiri, ada sumbangan yang masih diperlukan daripada UMNO.,” katanya dalam reaksi menerusi Facebook. Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berharap Pas terbubar” sendiri apabila UMNO menukar dasar kepada Islam di dalam Perlembagaan. “Baguslah UMNO telah menukar dasar…
Read MorePendirian bersama bukan keputusan peribadi
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Pendirian UMNO untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bukan keputusan peribadi tetapi keputusan parti, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut dibuat melalui platform Mesyuarat Biro Politik, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU), tiga tahun lalu. Justeru Timbalan Perdana Menteri itu yakin menerima sokongan akar umbi terhadap keputusan parti itu dan mengingatkan Kerajaan Perpaduan perlu juga diperkukuh dengan sokongan bukan saja ahli parti, malah oleh Ahli Parlimen UMNO sendiri. “Saya tidak meragukannya…
Read MoreJEJAKA batal Glamping with Pride
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Atas faktor keselamatan, penganjur program perkhemahan “Glamping with Pride” yang sebelum ini didakwa berunsur pergaulan songsang, mengambil keputusan tidak meneruskan program mereka. Dalam satu kenyataan, JEJAKA, penganjur program berkenaan yang dijadualkan di Hulu Langat, hujung minggu ini, berkata pemilik lokasi program juga telah membatalkan tempahan atas faktor keselamatan. Penganjur juga mendakwa turut menerima ugutan bunuh serta ancaman keganasan melalui media sosial dan semua ancaman sudah didokumenkan dan akan dirujuk kepada pihak berkuasa melalui laporan polis. JEJAKA menegaskan dengan jelas bahawa pembatalan ini bukan kerana aktiviti…
Read MoreZahid beri ‘nasihat terbaik’ kepada Akmal
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Dr Ahmad Zahid Hamidi menitipkan pesanan dan nasihat untuk dipertimbangkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh pada pertemuan yang diadakan petang ini. “Saya ada memberikan nasihat terbaik dan Dr Muhamad Akmal akan mengumumkan (hasil perbincangan) esok,” kata Presiden UMNO itu kepada pemberita di sini, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagaimanapun enggan mendedahkan perincian perbincangan beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu. Semalam, Dr Muhamad Akmal dilaporkan berkata,…
Read MorePenubuhan organisasi luar politik
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengumumkan penubuhan sebuah organisasi di luar lingkungan politik kepartian pada hari terakhir Perhimpunan UMNO 2025, pada 17 Januari ini. Katanya, cadangan penubuhan organisasi berkenaan telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri, sekali gus membolehkan pengumuman rasmi dibuat pada persidangan tersebut. “Pada hari terakhir persidangan Perhimpunan Agong ini saya akan umumkan sesuatu iaitu sebuah organisasi di luar lingkungan politik. “Saya cadangkan untuk kita menubuhkannya (organisasi) dan kabinet juga telah meluluskan…saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Multaqa…
Read MoreUlama penunjuk arah bukan pengikut arus
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi menitipkan tiga pesanan pesanan harapan kepada golongan ulama dan ilmuan iaitu pandu, pertimbangan dan pelihara. Katanya, ulama mesti menjadi penunjuk arah, bukan sekadar pengikut arus, memandu pemikiran masyarakat dengan ilmu yang sahih, hujah yang beradab dan hikmah yang menenangkan. “Kedua, pertimbangan. Setiap keputusan mesti ditimbang berasaskan Fiqh al-Mīzān dan Fiqh al-Awlawiyyāt, agar kebenaran dilaksanakan dengan kebijaksanaan, tanpa menambah mudarat kepada ummah dan negara. “Ketiga, pelihara. Gunakan ilmu untuk menjaga agama, ummah dan kestabilan negara. Kerana agama hanya akan…
Read MoreIslam bukan modal politik – Zahid
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Presiden UMNO Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengulangi penegasan bahawa parti utama orang Melayu itu tidak pernah menolak Islam dan juga tidak pernah mengeksploitasi agama Islam. Sebaliknya, Islam bagi UMNO ialah panduan kenegaraan, bukan modal politik, dibina melalui dasar dan institusi, bukan slogan mahupun retorik. “Islam telah dimartabatkan melalui Perkara 3, peranan Raja-Raja Melayu diperkukuhan di dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Inilah jasa besar UMNO yang jangan sesekali kita lupa,” katanya Tegasnya, usaha dan ikhtiar yang UMNO lakukan menjadikan Islam berfungsi dalam sebuah negara…
Read MoreUMNO corakkan Islam tidak boleh dinafikan
KUALA LUMPUR 13 Jan. – Tiada sesiapa boleh menafikan peranan dan jasa UMNO dalam mencorakkan agama Islam di negara ini, yang bermula sejak 1957 sehingga 2018 iaitu sehingga UMNO tidak lagi berkuasa. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO ditubuhkan bukan sekadar untuk menentang Malayan Union dan memperoleh kemerdekaan bahkan bagi membangunkan semula jati diri yang terhakis akibat penjajahan. “Tiada sesiapa boleh menafikan peranan UMNO dalam melakar dan mencorakkan Islam di tanah air kita. Bermula dengan perjuangan UMNO untuk memahatkan asas penting yang menjadi akar kepada pembangunan Islam…
Read More