MPT Bersatu hormati keputusan Muhyiddin

SEPANG 13 Jan. – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menghormati keputusan Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan akan mempertahan keputusan itu atas dasar prinsip serta tanggungjawab. Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, berkata MPT menerima keputusan Presiden itu selepas mendengar hujah Muhyiddin mengenainya pada mesyuarat MPT parti malam tadi. “Bagaimanapun, MPT juga membincangkan secara mendalam mengenai hala tuju PN dalam persiapan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) untuk maju ke hadapan dengan dasar yang sederhana, progresif dan prihatin rakyat. “MPT mengambil pendirian untuk Bersatu kekal sebagai rakan…

Read More

AS diingatkan jangan mula konflik

BAGHDAD – Kataib Hezbollah, kumpulan pejuang paling berpengaruh yang disokong Iran di Iraq, mengeluarkan amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) agar tidak memulakan konflik dengan Tehran. Kumpulan itu mengingatkan“perang dengan Iran bukanlah piknik, tetapi api yang jika dinyalakan tidak akan padam sehingga hidung kamu diseret ke tanah dan kamu akan membayar dua kali ganda daripada apa yang tuan tamak kamu mahu kaut. Amaran itu susulan Presiden AS, Donald Trump dilapor sedang menimbang pilihan ketenteraan terhadap Iran susulan protes berdarah di negara itu, selain mengulangi ancaman untuk menyerang rejim sekiranya menggunakan…

Read More

Iran sedia runding, sedia perang

TEHRAN – Iran menegaskan kesediaannya untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berasaskan “saling menghormati dan kepentingan bersama”, tetapi pada masa yang sama memberi amaran,  Iran kekal bersiap sedia untuk berperang. Menteri Luar, Abbas Araghchi berkata, Iran bersedia untuk berunding – tetapi rundingan yang adil dan bermaruah dari kedudukan setara, dengan saling menghormati dan berasaskan kepentingan bersama. Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kumpulan diplomat asing dalam satu pertemuan yang disiarkan televisyen di Tehran, ketika negara itu memasuki minggu ketiga protes ganas. Kenyataan itu selepas Presiden AS, Donald Trump mendakwa Iran…

Read More

Akmal akur keputusan pimpinan

MELAKA 12 Jan. – Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh akan akur dengan keputusan dibuat Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini. Katanya, ini kerana kedua-dua pihak terbabit sebelum ini memilih beliau bertanding Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dilantik sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka. “Insya-Allah, kita tunggulah… sebab apapun saya percaya, kuasa Ketua Menteri Melaka adalah kuasa beliau memilih saya sebagai Exco, maka saya perlu akur dan ikut apa yang diperkatakan.…

Read More

Ternak untuk keperluan Selangor sahaja

SHAH ALAM 12 Jan.  – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan tiga ketetapan berkaitan operasi penternakan babi di Selangor termasuk ternakan bukan untuk eksport, hanya untuk memenuhi keperluan di negeri ini sahaja. Baginda juga menitahkan tiada lagi operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat dan kerajaan negeri tidak akan menyediakan peruntukan atau pelaburan bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan. Tiga ketetapan itu dititahkan baginda ketika sesi menghadap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri,  Izham Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor,  Ng Suee Lim…

Read More

Sultan bantah aktiviti songsang LGBT

SHAH ALAM 12 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang membabitkan gaya hidup songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini. Baginda menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti songsang LGBT yang dianjurkan dalam negeri Selangor termasuk penganjuran “Glamping with Pride” seperti diuar-uarkan akan diadakan pada 17 dan 18 Januari 2026 di Hulu Langat, Selangor yang dikaitkan dengan komuniti LGBT. Pengerusi MAIS,  Salehuddin Saidin dan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir …

Read More

Pindah ladang babi ke Bukit Tagar tahun ini

SHAH ALAM 12 Jan . – Pemindahan ladang penternakan babi ke lokasi khas di kawasan Bukit Tagar, Hulu Selangor akan disegerakan tahun ini berbanding perancangan yang dijangka pada 2030, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim Bagaimanapun katanya, langkah awal yang perlu diambil adalah penyelesaian isu tanah di Bukit Tagar termasuk status pemilikan tanah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan berkenaan. Katanya, pemindahan ladang babi dari Kuala Langat dengan Sepang, itu tidak menggunakan sumber kewangan daripada kerajaan negeri. “Kita akan cuba secepat mungkin untuk selesaikan isu…

Read More