Sempadan Rafah dibuka semula Ahad

SEMPADAN Rafah di Gaza dengan Mesir bagi kedua-dua arah akan dibuka semula bermula Ahad ini, yang membolehkan pergerakan terhad orang awam selepas dua tahun ditutup.

Tentera Israel berkata, langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang terkepung.

“Selaras dengan perjanjian gencatan senjata dan arahan daripada peringkat kepimpinan politik, sempadan Rafah akan dibuka pada Ahad ini (1 Feb) dalam kedua-dua arah bagi pergerakan terhad orang awam sahaja,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, urusan keluar dan masuk ke Gaza melalui sempadan tersebut akan diselaraskan dengan Mesir dan tertakluk kepada pelepasan keselamatan awal oleh Israel, di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah.

Pembukaan semula itu juga akan membolehkan kepulangan penduduk yang meninggalkan Gaza semasa perang, selepas penyelarasan dengan Mesir dan selepas mendapat kelulusan keselamatan Israel.

Setakat ini, belum ada sebarang ulasan segera daripada pihak berkuasa Palestin mahupun Mesir.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment