Cubaan pindah minyak mentah tumpas di laut

TANJONG 31 Jan,  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan dua kapal tangki disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak mentah dari kapal ke kapal bernilai lebih RM512 juta di perairan negeri ini Khamis lepas. Pengarah Maritim Pulau Pinang Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kira-kira pukul 1 pagi, bot peronda menerima aduan, terdapat dua kapal tangki bersauh pada kedudukan 24 batu nautika barat laut Muka Head dan disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak. Katanya , hasil pemeriksaan mendapati kedua – dua kapal itu dalam keadaan bergandingan dan disyaki melakukan…

Read More

800 terima zakat Andalusia

PEKAN 31 Jan. – Mengimbau kenangan sebagai penolong pegawai daerah (ADO) Pekan turut mendorong Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), Ibrahim Mat Sin memilih 800 individu di daerah itu untuk menerima zakat. Mereka menerima wakalah zakat sebanyak RM230,000 daripada Andalusia pada satu majlis yang dirasmikan Ahli Parlimen Pekan,  Sh Mohmed Puzi Sh Ali di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. Penerima melibatkan 600 pelajar keluarga asnaf yang menerima RM200 setiap seorang manakala 200 pesakit kronik asnaf menerima RM500 setiap seorang. “Saya mengambil keputusan…

Read More

Muhyiddin punca hubungan Pas-Bersatu rosak

SEPANG 31 Jan. – Hubungan Pas dan Bersatu yang didakwa rosak ketika ini adalah berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin, ‘dipengaruhi’ kelompok kecil yang setia kepadanya, bukannya kehendak akar umbi kedua-dua parti. Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu  Wan Saiful Wan Jan, mendakwa usaha mensabotaj ukhuwah dan memecah kesatuan oleh Muhyiddin tidak membayangkan sikap majoriti yang mahu hubungan Pas-Bersatu kekal utuh. “”Saya berdoa rakan dalam Pas faham bahawa yang merosakkan hubungan Pas dan Bersatu hanyalah Muhyiddin seorang sahaja bersama kelompok kecil penjilatnya yang bergantung talian hayat kepadanya,”; katanya menerusi hantaran…

Read More

Tujuan terjah bukan cari kesalahan

SEPANG 31 Jan.  – Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menjelaskan tujuan sebenar beliau hadir dan menerjah institusi pendidikan khususnya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah untuk penambah baikan bukannya mencari kesalahan. Pengerusi MARA itu berkata, ia menjadi satu amanah yang perlu dilaksanakan pihaknya sejak dilantik menerajui agensi itu. “Tujuan saya #Terjah bukan untuk cari kesalahan, tetapi untuk penambahbaikan. Ini adalah amanah untuk pastikan setiap sen duit MARA dibelanjakan dengan betul dan berkesan,” katanya di Facebooknya, di sini hari ini. Tindakan Asyraf Wajdi melakukan aktiviti terjah khususnya di MRSM sejak…

Read More

Malek Razak Panglima ATM baharu

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu berkuat kuasa esok. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan Malek Razak dinaikkan ke pangkat daripada Leftenan Jeneral ke Jeneral seterusnya dilantik sebagai PAT. Dalam kenyataannya, Mohamed Khaled berkata, pelantikan berkenaan dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu, sebelum mendapat perkenan Seri Paduka Baginda semalam. Malek Razak…

Read More

Penerbangan semula Pakistan-Bangkadesh

SELEPAS 14 tahun, Pakistan dan Bangladesh menyambung semula penerbangan terus apabila pesawat Biman Bangladesh Airlines mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi. Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar berkata, inilah matlamat yang dinanti-nantikan yang menjadi fokus utamanya semasa lawatan ke Bangladesh pada Ogos 2025. “Misi pertama dari Dhaka mendarat di Karachi lewat malam tadi, menandakan penyambungan semula hubungan udara antara Pakistan dan Bangladesh selepas 14 tahun.,” kata Ishaq Dar pada Jumaat. Dar berkata pemulihan penerbangan terus itu akan meningkatkan pertukaran belia, akademik, budaya, perniagaan, dan hubungan masyarakat, termasuk hubungan keluarga. Pelepasan…

Read More

Sempadan Rafah dibuka semula Ahad

SEMPADAN Rafah di Gaza dengan Mesir bagi kedua-dua arah akan dibuka semula bermula Ahad ini, yang membolehkan pergerakan terhad orang awam selepas dua tahun ditutup. Tentera Israel berkata, langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang terkepung. “Selaras dengan perjanjian gencatan senjata dan arahan daripada peringkat kepimpinan politik, sempadan Rafah akan dibuka pada Ahad ini (1 Feb) dalam kedua-dua arah bagi pergerakan terhad orang awam sahaja,” kata tentera dalam satu kenyataan. Tambah kenyataan itu, urusan keluar dan masuk ke Gaza melalui sempadan tersebut akan diselaraskan…

Read More