3 bekas ADUN cabar pengosongan kerusi

KANGAR 2 Jan. – Politik Perlis terus bergelora apabila tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang hilang jawatan wakil rakyat selepas dihentikan keahlian parti mencabar keputusan mengisytiharkan kekosongan luar jangka kerusi mereka. Mereka memfailkan saman pemula terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis memohon keputusan pengosongan tiga kerusi DUN diwakili adalah di luar aturan, terbatal, tidak sah dan defektif. Tiga wakil rakyat itu adalah ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji); Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Saad Seman (Chuping). Keahlian mereka dalam Pas diberhentikan pada 24…

Read More

Lebih 1.54 juta guna rel, bas 31 Dis.

KUALA LUMPUR 2 Jan. -;Lebih 1.54 juta perjalanan penumpang perkhidmatan rel dan bas direkodkan pada 31 Disember lalu,  pencapaian tertinggi dalam sejarah pengendali perkhidmatan Rapid KL dan Rapid Penang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan dalam kenyataan hari ini, berkata jumlah itu meningkat 0.76 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Berdasarkan rekod, jumlah pengguna perkhidmatan rel pada tarikh itu ialah sebanyak 1.29 juta penumpang manakala perkhidmatan bas termasuk Rapid On-Demand (ROD) merekodkan 251,737 penumpang. “Kecekapan koordinasi dan pengurusan kawalan orang ramai yang digerakkan kira-kira 3,000 anggota barisan…

Read More

Pas ada ramai calon Pengerusi PN

MARANG 2 Jan. – Wakil Pas yang akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan  Muhyiddin Yassin akan diputuskan dalam satu mesyuarat gabungan itu selewat-lewatnya minggu depan. Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang, berkata parti itu mempunyai ramai calon yang berkaliber termasuk ahli politik dan kalangan teknokrat untuk dilantik sebagai Pengerusi PN. Ditanya adakah beliau bersedia untuk menerajui pimpinan tertinggi PN, Abdul Hadi menjelaskan beliau berada dalam keuzuran. “Kita dalam keadaan keuzuran, tetapi calon yang akan dipilih untuk memimpin PN akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan, yang pasti pengerusi gabungan…

Read More

Bersatu kekal rakan setia dalam PN

SEPANG 2 Jan. –   Muhyiddin Yassin berkata, Bersatu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam Perikatan Nasional (PN) dan kerjasama ini akan terus dipelihara demi kestabilan serta kekuatan gabungan. Bekas Pengerusi PN itu berkata, walaupun tidak lagi memimpin PN,beliau masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden. Menerusi Pesanan Presiden Bersatu Sempena Tahu Baru di media sosial, Muhyiddin berkata, dalam menghadapi cabaran semasa, keutamaan adalah untuk memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti. “Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan, tetapi sebagai langkah…

Read More

“Sekeluarga Mampu ke Tanah Suci”

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Majalah AndalusiaKu yang dilancarkan menjelang tahun baharu 2026 menampilkan pelbagai tawaran pakej umrah terkini yang kekal dengan motonya “Sekeluarga Mampu Ke Tanah Suci” untuk tempoh sepanjang musim 1448H/2026/2027. Pelancaran disempurnakan oleh tonggak utama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) iaitu Pengerusi Eksekutif Md Daud Che Ngah, Pengarah Urusan Ibrahim Mat Sin serta Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Ida Riswana Idris. Ia berlangsung sempena kemuncak Cabutan Bonanza Karnival Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) di Darul Muttaqin Home, Ampang Hilir. Selain umrah, AndalusiaKu turut menawarkan…

Read More

Muslim pertama angkat sumpah Datuk Bandar

WASHINGTON – Zohran Mamdani, 34 mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar New York sejurus sebelum tengah malam kelmarin, menjadi Muslim dan keturunan Asia Selatan pertama yang memimpin bandar terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu. Beliau yang memenangi pemilihan pada 4 November lalu mengangkat sumpah jawatan dengan meletakkan tangan di atas al-Quran pada majlis yang berlangsung di stesen kereta api bawah tanah Old City Hall yang tidak lagi beroperasi. Peguam Negara New York, Letitia James, menyempurnakan majlis angkat sumpah itu di hadapan keluarga Mamdani. Menurut beberapa media AS, naskhah al-Quran yang digunakan…

Read More

PBB kecam tindakan Israel ke atas UNRWA

ISTANBUL – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam tindakan Parlimen Israel meluluskan pindaan undang-undang untuk menghentikan operasi agensi PBB bagi pelarian Palestin (UNRWA). Beliau menyifatkan langkah itu bertujuan untuk terus melemahkan keupayaan agensi berkenaan menjalankan operasinya dan melaksanakan mandat yang diberikan kepada agensi itu. “Undang-undang ini serta pindaan berkaitan adalah tidak selaras dengan status dan rangka kerja undang-undang antarabangsa yang terpakai kepada UNRWA dan mesti dimansuhkan dengan segera,” kata Guterres dalam satu kenyataan. Parlimen Israel sebelum ini pada Isnin meluluskan rang undang-undang untuk memutuskan bekalan elektrik dan…

Read More