“Sekeluarga Mampu ke Tanah Suci”

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Majalah AndalusiaKu yang dilancarkan menjelang tahun baharu 2026 menampilkan pelbagai tawaran pakej umrah terkini yang kekal dengan motonya “Sekeluarga Mampu Ke Tanah Suci” untuk tempoh sepanjang musim 1448H/2026/2027.

Pelancaran disempurnakan oleh tonggak utama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) iaitu Pengerusi Eksekutif Md Daud Che Ngah, Pengarah Urusan Ibrahim Mat Sin serta Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Ida Riswana Idris.

Ia berlangsung sempena kemuncak Cabutan Bonanza Karnival Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) di Darul Muttaqin Home, Ampang Hilir.

Selain umrah, AndalusiaKu turut menawarkan pakej pelancongan Muslim ke pelbagai negara termasuk Thailand, Vietnam, Indonesia, China, Korea, Taiwan, Jepun, Turkiye, Pakistan, India, Uzbekistan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Mesir serta Eropah.

Tidak ketinggalan pakej pelancongan dalam negara termasuk Genting Dream Cruise (pelayaran pilihan ke beberapa destinasi), Ekspedisi Tasik Kenyir, Cuti-cuti Borneo (Sabah, Sarawak) serta pakej pulau peranginan dan honeymoon.

Di samping itu AndalusiaKu yang boleh dijadikan rujukan untuk pemikihan pakej turut menampilkan pelbagai maklumat berkaitan syarikat termasuk cawangan dan petugas di seluruh negara untuk dihubungi.

Sementara itu, Ida Riswana dalam ucapannya berkata, Andalusia turut merancang memperkenalkan kiosk layan diri bermula 2026 secara berperingkat bagi memudahkan urusan pelanggan termasuk pembelian pakej umrah dan pelancongan.

“Kiosk ini akan ditempatkan di lokasi awam dan kita akan mulakan secara berfasa bermula di Lembah Klang,” ujarnya.

Katanya, penggunaan kiosk layan diri memberi pilihan kepada kepuasan pelanggan yang ada antara mereka mahu menguruskan pembayaran dan cetakan resit secara fizikal melalui kiosk.

Beliau menjangkakan kiosk berkenaan dapat dilancarkan seawal suku pertama tahun ini, sekitar bulan Mac selepas ujian awal di ibu pejabat.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment