“Perjuangan ini harus saya pikul sendirian”

PUTRAJAYA 26 Dis.  – “Ada ketika saya merasakan seolah-olah perjuangan ini harus saya pikul sendirian. Namun saya tetap bertekad untuk meneruskannya bukan kerana dendam, tetapi kerana prinsip,” demikian luahan  Najib Tun Razak. Bekas Perdana Menteri itu meluahkan isi hatinya menerusi sepucuk surat yang ditujukan kepada rakyat Malaysia selepas dijatuhi hukuman atas kesalahan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan dan pengubahan wang haram RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini. Surat berkenaan dibacakan peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sidang media selepas prosiding berkenaan di Istana Kehakiman, di…

Read More

Najib dipenjara 15 tahun denda RM11.38 bilion

PUTRAJAYA 26 Dis. –   Najib Razak, 72 dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion selepas bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. Hakim Mahkamah Persekutuan yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi,  Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman pada pukul 9 malam. Bagi setiap empat tuduhan menggunakan kedudukan, hakim menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap Najib dan lima tahun penjara bagi setiap tuduhan pengubahan wang haram, semuanya berjalan serentak. Bagi…

Read More

Rampas tanah luas penempatan haram

ISTANBUL – Organisasi perundangan Al-Baidar mendakwa, kumpulan pendatang haram Israel merampas tanah Palestin dengan meluaskan sebuah pos penempatan haram di bandar Nablus di bahagian utara Tebing Barat yang diduduki. Dalam satu kenyataan, Al-Baidar berkata, kumpulan  berkenaan menambah rumah pasang siap di sebuah pos penempatan haram yang didirikan di Gunung Qarqafa, antara pekan Aqraba dan Jurish, di tenggara Nablus. Langkah berkenaan “merupakan kesinambungan peluasan pos penempatan haram di atas tanah Palestin, sekali gus meningkatkan ancaman terhadap komuniti Palestin di kawasan berkenaan serta secara langsung mengancam hak tanah dan harta milik rakyat…

Read More

Serbuan tahan individu disyaki Daish

ISTANBUL – Pihak berkuasa Turkiye mendakwa serbuan besar-besaran di 124 lokasi sekitar bandar itu, berjaya menahan lebih 100 individu yang disyaki anggota kumpulan Daish sekaligus menggagalkan rancangan serangan terhadap acara Krismas dan sambutan tahun baharu. Menurut pejabat pendakwa raya Istanbul, serbuan itu turut merampas senjata api, peluru dan “dokumen organisasi.” Pegawai keselamatan memaklumkan, penyokong Daish aktif merancang serangan di seluruh Turkiye minggu ini, khususnya terhadap golongan bukan Islam dan setakat ini, polis menahan 115 suspek, manakala usaha mengesan 22 lagi masih diteruskan. Pendakwa raya berkata, kesemua suspek dipercayai mempunyai hubungan…

Read More

Shukri letak jawatan MB Perlis

KANGAR 25 Dis. – Menteri Besar Mohd Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin negeri itu atas faktor kesihatan tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang. Beliau sebelum itu mempersembahkan surat letak jawatan sebagai Menteri Besar kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Bekas Pesuruhjaya Pas Perlis itu memaklumkan, beliau diperkenankan untuk menghadap Tuanku Syed Sirajuddin di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan menyatakan hasrat meletak jawatan berkenaan. “Saya sudah mempersembahkan kepada Tuanku akan hasrat saya menerusi surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar secara sukarela berkuat…

Read More

Pas sokong cadangan wujudkan semula MN

KUALA LUMPUR 25 Dis. –  Pas menyokong cadangan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) susulan perkembangan politik mutakhir di Perlis. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata beliau sangat bersetuju dengan cadangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kunci kepada kekuatan serta kebangkitan semula perpaduan ummah. Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan MN boleh dilancarkan semula sebaik sahaja UMNO atau Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan keluar daripada gabungan bersama Pakatan Harapan (PH). “Saya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan…

Read More

DUN Perlis mohon PRK 3 DUN

KANGAR 25 Dis.  – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya diadakan pilihan raya kecil (PRK) berikutan kekosongan luar jangka tiga kerusi akibat kemelut politik dalaman Perikatan Nasional (PN). Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, berkata kekosongan itu membabitkan DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail dan Mohd Ridzuan Hashim terhenti serta-merta keahlian mereka dalam Pas bermula semalam. Katanya, pemakluman mengenai perkara itu diterima secara rasmi daripada Setiausaha Agung Pas,  Takiyuddin…

Read More

Letak jawatan selaras lafaz bai’ah

SEPANG 25 Dis. – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti itu perlu meletakkan jawatan selaras lafaz bai’ah yang perlu dilafazkan sebelum dicalonkan parti pada pilihan raya, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad. Idris menegaskan bai’ah itu dilafazkan secara sukarela dan penuh kesedaran tanpa sebarang paksaan dengan setiap calon memahami sepenuhnya ikrar yang dibuat. “Calon Pas tidak perlu menandatangani perjanjian bersyarat seperti denda RM10 juta jika lompat parti atau seumpamanya. Cukuplah dengan lafaz bai’ah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Beliau merujuk pengguguran keahlian Pas serta merta membabitkan…

Read More