Year: 2025
Tentera Iran kini lebih bersedia
TEHRAN – Iran mendakwa Amerika Syarikat (AS), Israel dan negara-negara Eropah sedang melancarkan “perang habis-habisan” terhadap republik itu. Presiden Masoud Pezeshkian dalam wawancara bersama laman rasmi Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, negara-negara berkenaan tidak mahu Iran stabil. Kenyataan itu dibuat menjelang pertemuan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Presiden AS, Donald Trump pada Isnin. Enam bulan lepas, Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran, selain tindakan Perancis, Jerman dan United Kingdom mengenakan semula sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iran pada September berhubung program nuklear negara itu.…
Read MoreMyanmar adakan PRU fasa pertama
YANGON – Pilihan Raya Umum Myanmar yang diadakan buat kali pertama dalam tempoh lima tahun di bawah pengawasan kerajaan tentera berlangsung ketika perang saudara terus bergolak di kebanyakan wilayah. Rakyat keluar mengundi hari ini bagi fasa pertama pilihan raya yang dikritik hebat kerana didakwa sekadar memberi wajah legitimasi kepada pemerintahan tentera yang merampas kuasa daripada kerajaan dipilih Aung San Suu Kyi pada Februari 2021. Pengundian dijalankan dalam tiga fasa, pusingan pertama hari ini melibatkan 102 daripada 330 daerah, fasa kedua dijadual pada 11 Januari dan ketiga pada 25 Januari manakala…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 28.12.2025
Tak minta ADUN Bersatu tarik sokongan
SEPANG 27 Dis. – Bersatu tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di Perlis untuk menandatangani sebarang Akuan Berkanun (SD) bagi menarik sokongan kepada Menteri Besar. Presidennya, Muhyiddin Yasin berkata, partinya akan mendengar penjelasan daripada lima ADUN Bersatu terbabit yang sebelum ini didakwa berbuat demikian, untuk mengetahui kedudukan sebenar isu itu. Katanya, Bersatu hanya akan menyembah maklum nama calon Menteri Besar Perlis daripada parti itu selepas dititah Istana Perlis untuk berbuat demikian. “Saya ingin tegaskan tiada arahan dikeluarkan kepada ADUN Bersatu untuk menandatangani sebarang SD. Bersatu…
Read MoreGuna logo tanpa kebenaran
PUTRAJAYA 27 Dis. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam atau liabiliti yang timbul akibat penganjuran Miss & Mister Celebrity International 2025 baru-baru ini. Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia berkata, pihaknya dan MOTAC tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran acara itu yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Sentul pada 14 hingga 22 Disember lalu. “Penggunaan logo korporat Tourism Malaysia dan logo kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) oleh pihak penganjur dibuat tanpa kebenaran bertulis rasmi,” kata satu kenyataan hari ini.…
Read MoreBerita pilihan….
Kereta api laju Xi’an dan Yan’an beroperasi
YAN’AN – Laluan kereta api laju sejauh 299 kilometer yang menghubungkan bandar Xi’an dan Yan’an di wilayah Shaanxi, barat laut China beroperasi secara rasmi selepas tren laju Fuxing bertolak dari sini ke ibu negeri Xi’an, pukul 10 pagi semalam. Dengan pengopoperasian itu , ia menjadikan jumlah panjang rangkaian kereta api laju negara itu melebihi 50,000 kilometer. Laluan berkenaan melalui bandar Weinan dan Tongchuan, serta berhenti di lapan stesen baharu iaitu Gaoling, Fuping Selatan, Tongchuan, Tongchuan Utara, Yijun, Huangling, Luochuan dan Fuxian Utara. Yan’an dikenali sebagai tapak penting dalam sejarah revolusi…
Read MoreAlkohol penyebab 1 daripada 3 kematian
ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah melaporkan alkohol menyebabkan satu daripada tiga kematian akibat kecederaan dan keganasan di Eropah, sekali gus menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam, terutamanya semasa musim cuti apabila pengambilan alkohol lazimnya meningkat. Menurut fakta baharu yang diterbitkan WHO Eropah berdasarkan data 2019, hampir 145,000 kematian berkaitan kecederaan di rantau itu berpunca daripada pengambilan alkohol, termasuk kecederaan sengaja kendiri, kecederaan akibat kemalangan jalan raya dan insiden terjatuh. “Tiada bahan psikoaktif lain yang menyumbang begitu besar kepada kecederaan tidak sengaja mahupun yang disengajakan,” kata agensi itu. Laporan…
Read More