KUALA LUMPUR 25 Dis. – Pas menyokong cadangan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) susulan perkembangan politik mutakhir di Perlis.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata beliau sangat bersetuju dengan cadangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kunci kepada kekuatan serta kebangkitan semula perpaduan ummah.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan MN boleh dilancarkan semula sebaik sahaja UMNO atau Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan keluar daripada gabungan bersama Pakatan Harapan (PH).
“Saya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah. Tahniah Ketua Pemuda UMNO.
Beliau mencadangkan supaya dihidupkan kembali rundingan, tubhkan jawatankuasa perunding.
“Sebaik sahaja UMNO/BN isytihar keluar dari gabungan bersama PH, kita lancarkan terus Muafakat Nasional,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Terdahulu Dr Muhamad Akmal mengesyorkan supaya MN yang sebelum ini menyaksikan kerjasama politik UMNO dan Pas dihidupkan semula susulan situasi politik Perlis.
Dilaporkan, lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – lima Bersatu, tiga Pas dikatakan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli daripada Pas.
“Alang-alang bubar sekalilah Perikatan Nasional (PN), kita wujudkan semula Muafakat Nasional (MN). Amacam?”, soal Dr Muhamad Akmal.
Beliau menerusi hantaran di Facebooknya, mengingatkan bahawa sejak dahulu lagi ada peringatan supaya MN diperkuatkan.
“Perlis oh Perlis. Dah beritahu sejak dulu lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk memperkasakan Muafakat Nasional bukan Perikatan Nasional . Hari ini baru nampak belang masing-masing, kena tikam belakang,” katanya.
Nnnn
