Bekas calon Bebas wakili BN pada PRK Lamag

KOTA KINABALU 30 Dis. – Mohd Ismail Ayob (MIHA), calon yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 pada 29 November lalu, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag yang dijadual 24 Januari depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah,  Jafry Ariffin, mengumumkan pemilihan itu pada Majlis Bersama Media di Bangunan UMNO Sabah di sini, petang ini. Katanya, pemilihan Ismail sebagai calon perpaduan melalui kapasiti keahlian terus BN mengambil kira pilihan raya yang baru saja berakhir. Beliau berkata, pendekatan itu…

Read More

Semoga ETS3 ‘tidak ganggu’ pengguna komuter

TAHNIAH kepada Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang ‘meraikan’ perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) laluan KL Sentral–Johor Bahru, seterusnya menjadi penghubung pengangkutan rel utara selatan, Padang Besar – JB Sentral. Bagi pengguna yang mahukan perjalanan lebih pantas antara Johor Bahru – KL dan sebaliknya tentu menyambut baik kerana ETS3 dijangka mengurangkan masa perjalanan kepada sekitar 4.5 jam, berbanding jalan raya, lima hingga tujuh jam. Perkhidmatan ini juga diharap dapat menjana pendapatan KTMB walaupun sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tanggungjawab sosial perlu digalas berbanding mengaut keuntungan melalui perkhidmatan komuter dan ETS.…

Read More

Ahmad Faizal letak jawatan Pengerusi PN Perak

KUALA LUMPUR 30 Dis.  – Naib Presiden Bersatu , Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, berkuat kuasa 1 Januari 2026. Menerusi kenyataan di Facebooknya, Ahmad Faizal mengambil pendirian sama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan meletak jawatan awal bulan depan. “Mengambil maklum keputusan Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN serta menghormati bahawa kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1…

Read More

Azmin letak jawatan SUA PN

KUALA LUMPUR 30 Dis.  – Mohamed Azmin Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan parti pembangkang itu. Beliau mengumumkan keputusan itu menerusi satu kenyataan ringkas menerusi Facebooknya hari ini. “Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai Setiausaha Agung PN adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN Muhyiddin Yassin. Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya. Azmin diumumkan sebagai Setiausaha Agung PN pada 10 Disember tahun lalu, menggantikan Hamzah Zainudin. Dalam pada itu Azmin…

Read More

Pas tolak jawatan Exco Perlis

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Krisis politik di Perlis berterusan apabila Pas memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu tidak akan menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pimpinan Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, berkata semua anggota Exco sedia ada daripada Pas akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai tanda solidariti dan seiring peletakan jawatan bekas Menteri Besar daripada parti itu, Mohd Shukri Ramli. Bagaimanapun dalam kenyataannya, Pas komited untuk meneruskan kelangsungan dan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang…

Read More

Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN

SEPANG 30 Dis. – Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa 1 Januari ini. Bekas Perdana Menteri itu mengetuai gabungan  yang kini dianggotai Pas dan Gerakan sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh ia didaftarkan secara rasmi. Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook, Muhyiddin turut melahirkan penghargaan kepada semua kepemimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit selama lima tahun. “Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu yang…

Read More

PM wanita pertama Bangladesh meninggal

DHAKA – Perdana Menteri wanita pertama Bangladesh, Khaleda Zia, meninggal dunia selepas menghidap penyakit berpanjangan, demikian menurut Bangladesh Nationalist Party (BNP), parti yang pernah dipimpinnya. Khaleda, 80, balu kepada presiden Ziaur Rahman, disahkan menghidap sirosis hati selain arthritis, diabetes serta masalah pada dada dan jantung, menurut kenyataan doktornya. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, dilantik untuk pertama kali pada 1991 hingga ke 1996, sekaligus menjadi perdana menteri wanita yang pertama di negara itu. Pada 2001, beliau sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Bangladesh dan berkhidmat sehingga 2006. Nnn

Read More

Abu Obeida disahkan meninggal dunia

GAZA – Abu Obeida, atau nama sebenarnya Hudhayfa Samir al-Kahlout, jurucakap sayap bersenjata Hamas disahkan meninggal dunia  beberapa bulan selepas Israel mengumumkan beliau terbunuh dalam satu serangan udara di Gaza. Ezzedine al-Qassam Brigades dalam satu kenyataan video di saluran Telegramnya berkata: “Kami berhenti sejenak dengan penuh penghormatan terhadap…lelaki bertopeng yang dicintai jutaan orang…komander syahid agung dan jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida.” Israel sebelum ini mendakwa Abu Obeida terbunuh dalam satu serangan di Gaza pada 30 Ogos. Sepanjang perang, Abu Obeida muncul sebagai tokoh utama yang dinantikan oleh penduduk Gaza, serta…

Read More