PM wanita pertama Bangladesh meninggal

DHAKA – Perdana Menteri wanita pertama Bangladesh, Khaleda Zia, meninggal dunia selepas menghidap penyakit berpanjangan, demikian menurut Bangladesh Nationalist Party (BNP), parti yang pernah dipimpinnya.

Khaleda, 80, balu kepada presiden Ziaur Rahman, disahkan menghidap sirosis hati selain arthritis, diabetes serta masalah pada dada dan jantung, menurut kenyataan doktornya.

Beliau pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, dilantik untuk pertama kali pada 1991 hingga ke 1996, sekaligus menjadi perdana menteri wanita yang pertama di negara itu.

Pada 2001, beliau sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Bangladesh dan berkhidmat sehingga 2006.

Nnn

Related posts

Leave a Comment