Sindiran kawan makan kawan

SEPANG 28 Dis. – Tiada ucapan tahniah sebaliknya sindiran bagi mengalu-ngalukan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar yang baharu di Istana Arau, di sini hari ini. Walaupun tidak secara langsung, tetapi beberapa pemimpin Pas dilihat seolah-olah  smelahirkan rasa ‘tidak puas hati’ di mana jawatan itu kini disandang wakil Bersatu. Bendahari Pas, Iskandar Abdul Samad,,  memuat naik status ringkas mengenai pengkhianatan yang disifatkanya tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum. “Saya tak sedih tetapi gembira kerana sekarang kita tahu warna sebenar mereka. Pengkhianatan tidak boleh…

Read More

ADUN Bersatu MB Perlis Ke-9

ARAU 28 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu negeri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu di Istana Arau, di sini hari ini. Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis ke-9 pada pukul 4.08 petang selepas diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Serentak itu, Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis merangkap Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU negeri menjadi Menteri Besar pertama daripada Bersatu…

Read More

Tentera Iran kini lebih bersedia

TEHRAN – Iran mendakwa Amerika Syarikat (AS), Israel dan negara-negara Eropah sedang melancarkan “perang habis-habisan” terhadap republik itu. Presiden Masoud Pezeshkian dalam wawancara bersama laman rasmi Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, negara-negara berkenaan tidak mahu Iran stabil. Kenyataan itu dibuat menjelang pertemuan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Presiden AS, Donald Trump pada Isnin. Enam bulan lepas,  Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran, selain tindakan Perancis, Jerman dan United Kingdom mengenakan semula sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Iran pada September berhubung program nuklear negara itu.…

Read More

Myanmar adakan PRU fasa pertama

YANGON – Pilihan Raya Umum Myanmar yang diadakan buat kali pertama dalam tempoh lima tahun di bawah pengawasan kerajaan tentera berlangsung ketika perang saudara terus bergolak di kebanyakan wilayah. Rakyat keluar mengundi hari ini bagi fasa pertama pilihan raya yang dikritik hebat kerana didakwa sekadar memberi wajah legitimasi kepada pemerintahan tentera yang merampas kuasa daripada kerajaan dipilih Aung San Suu Kyi pada Februari 2021. Pengundian dijalankan dalam tiga fasa, pusingan pertama hari ini melibatkan 102 daripada 330 daerah,  fasa kedua dijadual pada 11 Januari dan ketiga pada 25 Januari manakala…

Read More