KANGAR 25 Dis. – Menteri Besar Mohd Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin negeri itu atas faktor kesihatan tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang. Beliau sebelum itu mempersembahkan surat letak jawatan sebagai Menteri Besar kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Bekas Pesuruhjaya Pas Perlis itu memaklumkan, beliau diperkenankan untuk menghadap Tuanku Syed Sirajuddin di Wad DiRaja Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan menyatakan hasrat meletak jawatan berkenaan. “Saya sudah mempersembahkan kepada Tuanku akan hasrat saya menerusi surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar secara sukarela berkuat…
Read MoreDay: December 25, 2025
Pas sokong cadangan wujudkan semula MN
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Pas menyokong cadangan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhammad Akmal Saleh untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) susulan perkembangan politik mutakhir di Perlis. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata beliau sangat bersetuju dengan cadangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kunci kepada kekuatan serta kebangkitan semula perpaduan ummah. Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan MN boleh dilancarkan semula sebaik sahaja UMNO atau Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan keluar daripada gabungan bersama Pakatan Harapan (PH). “Saya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan…
Read MoreDUN Perlis mohon PRK 3 DUN
KANGAR 25 Dis. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya diadakan pilihan raya kecil (PRK) berikutan kekosongan luar jangka tiga kerusi akibat kemelut politik dalaman Perikatan Nasional (PN). Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, berkata kekosongan itu membabitkan DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail dan Mohd Ridzuan Hashim terhenti serta-merta keahlian mereka dalam Pas bermula semalam. Katanya, pemakluman mengenai perkara itu diterima secara rasmi daripada Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin…
Read MoreLetak jawatan selaras lafaz bai’ah
SEPANG 25 Dis. – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada parti itu perlu meletakkan jawatan selaras lafaz bai’ah yang perlu dilafazkan sebelum dicalonkan parti pada pilihan raya, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad. Idris menegaskan bai’ah itu dilafazkan secara sukarela dan penuh kesedaran tanpa sebarang paksaan dengan setiap calon memahami sepenuhnya ikrar yang dibuat. “Calon Pas tidak perlu menandatangani perjanjian bersyarat seperti denda RM10 juta jika lompat parti atau seumpamanya. Cukuplah dengan lafaz bai’ah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. Beliau merujuk pengguguran keahlian Pas serta merta membabitkan…
Read MoreBerita pilihan….
14 negara kutuk penempatan baharu
PARIS – Perancis, Britain dan Jerman antara 14 negara, mengutuk kelulusan terbaru Israel terhadap penempatan baharu Yahudi di yang dikatakan bertujuan menghalang penubuhan sebuah negara Palestin. Turut sama, Belgium, Kanada, Denmark, Itali, Iceland, Ireland, Jepun, Malta, Belanda, Norway dan Sepanyol. “Kami mengulangi bantahan jelas kami terhadap sebarang bentuk pengilhakan dan peluasan dasar penempatan,” demikian menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kementerian luar Perancis. Sebelum ini, Menteri Kewangan haluan kanan tegar Israel, Bezalel Smotrich mengumumkan pihak berkuasa memberi lampu hijau kepada penempatan terbabit, dengan menyatakan langkah itu bertujuan menghalang penubuhan sebuah…
Read MoreIsrael sengaja halang bantuan
ISTANBUL – Israel gagal menunaikan komitmennya dan dengan sengaja menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan alasan yang direka-reka, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan. Menurut Erdogan, walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan di Gaza sejak 11 Oktober, kesengsaraan masih berterusan di kawasan kediaman yang telah diubah Israel menjadi runtuhan akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza. “Israel tidak menepati janji dan sentiasa mewujudkan kesukaran serta halangan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan dengan alasan yang direka-reka,” kata Erdogan ketika berucap pada mesyuarat ketua-ketua wilayah diperluaskan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Ankara. Beliau…
Read More