Israel sengaja halang bantuan

ISTANBUL – Israel gagal menunaikan komitmennya dan dengan sengaja menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan alasan yang direka-reka, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Menurut Erdogan, walaupun gencatan senjata telah dilaksanakan di Gaza sejak 11 Oktober, kesengsaraan masih berterusan di kawasan kediaman yang telah diubah Israel menjadi runtuhan akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza.

“Israel tidak menepati janji dan sentiasa mewujudkan kesukaran serta halangan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan dengan alasan yang direka-reka,” kata Erdogan ketika berucap pada mesyuarat ketua-ketua wilayah diperluaskan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Ankara.

Beliau berkata, Turkiye akan meningkatkan sokongannya kepada rakyat Palestin dalam tempoh akan

“Dalam tempoh tiga bulan yang diberkati ini, kami akan meningkatkan bantuan kepada Palestin. Sebagai Turkiye, kami tidak akan berundur, kami tidak akan berdiam diri, kami tidak akan melupakan, dan kami tidak akan sesekali meninggalkan Gaza sendirian,” katanya.

Beliau yang menggambarkan pendirian Turkiye sebagai sebahagian daripada dasar kemanusiaan yang lebih luas, berkata negara itu secara konsisten tampil membantu mereka yang memerlukan.

“Dari Caucasus hingga Balkan, dari Afrika hingga Asia, sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan, kami telah bergegas membantu. Begitulah keadaannya semalam, begitulah hari ini, dan ia tidak akan berubah pada masa depan,” katanya.

Erdogan menegaskan bahawa walaupun Turkiye menyokong keamanan, negara itu tidak akan menerima ketidakadilan dan akan mempertahankan haknya dengan tegas dalam pertikaian serantau.

“Sama ada di Mediterranean Timur, Laut Aegean atau di mana-mana sahaja, kami tidak melanggar hak sesiapa dan tidak akan membenarkan hak kami sendiri dicabuli,” katanya.

Menyentuh keselamatan dalam negara, Erdogan berkata usaha Turkiye ke arah mewujudkan “Turkiye bebas keganasan” telah mula mengurangkan sentimen pesimisme di luar sempadannya, sambil menambah bahawa komuniti Arab, Kurdi, Turkmen, Sunni dan Syiah kini memandang masa depan dengan harapan baharu.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment