PUTRAJAYA 27 Nov. – Shamsul Iskandar Mohd Akin, akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, petang esok, berhubung dakwaan menerima wang daripada ahli perniagaan, Albert Tei. Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu dilaporkan sepatutnya hadir memberi keterangan hari ini, tetapi beliau mempunyai urusan di Sabah dan tidak sempat pulang, Shamsul Iskandar adalah seorang daripada tiga individu yang dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung klip video perbualan antara seorang wanita dan Albert. Wanita berkenaan, dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, sudah hadir di Ibu Pejabat…
Read MoreDay: November 27, 2025
Amaran ribut tropika 27 – 29 Nov.
PETALING JAYA 27 Nov. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), mengeluarkan tiga amaran iaitu Ribut Tropika, Hujan Berterusan, serta Angin Kencang dan Laut Bergelora bermula 27 hingga 29 November 2025. Ia melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor . Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip, berkata, Malaysia kini berdepan cuaca tidak menentu selepas Ribut Tropika Senyar dikesan menghampiri perairan negara, sekali gus membawa hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan. Beliau berkata sistem cuaca itu berada di kedudukan…
Read MoreHakim kurang, kes naik mendadak
TANJONG 27 Nov. – Kekurangan hakim dan peningkatan mendadak kes,menjadikan institusi kehakiman berdepan cabaran semakin besar yang memaksa pelaksanaan beberapa langkah konkrit bagi mengurangkan tempoh menunggu yang panjang. Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata susulan itu, beberapa langkah konkrit dilaksanakan. Beliau berkata, isu tersebut adalah serius malahan ada seorang hakim di Johor Bahru kini mengendalikan kira-kira 800 kes aktif iaitu lebih tiga kali ganda daripada beban kerja munasabah. “Adalah mustahil daripada segi kemampuan manusia untuk seorang hakim mendengar 800 kes. Beban kerja munasabah sepatutnya sekitar 200 hingga…
Read MoreMekanisme Pampasan Setara lindungi rakyat
SEPANG 27 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa (Putra) menggesa kerajaan melaksanakan Mekanisme Pampasan Setara, satu dasar yang mewajibkan mana-mana agensi atau pihak pelaksana membayar pampasan sekiranya projek mereka gagal berfungsi, menyebabkan banjir yang merosakkan harta benda rakyat. Pemangku Ketua Wira Putra Dr Mohamad Izwan Zainal berkata, langkah itu susulan kerajaan memperuntukkan lebih RM15 bilion sejak 2022 bagi projek tebatan banjir jangka panjang sehingga 2030, tetapi rakyat masih berdepan dengan banjir. “Ke mana hilangnya keberkesanan projek-projek ini? Mengapa selepas peruntukan besar diumumkan, rakyat masih meredah air bah, mengangkat perabot rosak, dan…
Read MoreSolat hajat khas selepas Solat Jumaat
PUTRAJAYA 27 Nov. — Semua masjid dan surau Jumaat di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah untuk melaksanakan solat hajat khas selepas solat Jumaat esok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata solat hajat itu bagi memohon perlindungan Allah SWT agar negara dan rakyat dijauhkan daripada sebarang musibah termasuk banjir, ribut dan kerosakan harta benda serta segala bentuk ujian yang menimpa masyarakat. “Semoga ia menjadi medan kita bermunajat memohon agar dipermudah segala urusan pasukan keselamatan,…
Read MoreBerita pilihan…
44 korban kebakaran pangsapuri
HONG KONG – Sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dan puluhan mangsa sedang dirawat di hospital dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh blok pangsapuri di Wang Fuk Court, Daerah Tai Po, petang semalam, Rabu. Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 300 individu lagi masih hilang. Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran, yang disifatkan luar biasa kerana merebak dengan pantas. Tambah Lee, kompleks kediaman bertingkat tinggi itu sedang menjalani kerja pengubahsuaian ketika kebakaran berlaku dan dikelilingi perancah buluh (struktur sementara). Ratusan penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan…
Read MoreLebih setengah juta terjejas akibat taun
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, wabak taun menjejaskan lebih setengah juta orang tahun ini, yang menunjukkan trend ketara tetapi tidak sekata antara wilayah. Menurut laporan berbilang negara itu,dari 1 Januari hingga 26 Oktober 2025, sebanyak 565,404 kes taun dan 7,074 kematian direkodkan di 32 negara di lima wilayah WHO. Wilayah Mediterranean Timur merekodkan jumlah kes tertinggi, diikuti oleh Afrika, Asia Tenggara, Amerika dan Pasifik Barat manakala tiada kes dilaporkan di wilayah Eropah sepanjang tempoh berkenaan. Data menunjukkan peningkatan ketara dalam trajektori global wabak itu pada Oktober. Sepanjang bulan…
Read More