GENEVA – Keperluan perubatan di Semenanjung Gaza masih jauh melebihi perkhidmatan yang tersedia walaupun terdapat genjatan senjata yang rapuh, berikutan penafian akses, kekurangan bekalan serta laluan disekat yang menghalang rawatan menyelamatkan nyawa.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, hanya separuh daripada 36 hospital di Gaza beroperasi, manakala hanya 82 daripada 194 pusat kesihatan utama, iaitu sekitar 41 peratus, serta 10 hospital medan kini beroperasi.
Wakil WHO di wilayah Palestin yang diduduki Richard Peeperkorn memberitahu pemberita di Geneva bahawa “keperluan masih sangat besar berbanding kemampuan perkhidmatan kesihatan,
Beliau berkata, tujuh hospital terletak di luar garis genjatan senjata, termasuk dua di Khan Younis, dua di utara Gaza dan tiga di Rafah.
Menurut Peeperkorn, dua daripadanya, Hospital Beit Hanoun dan Hospital Khusus Kuwait, telah musnah manakala lima lagi tidak dapat diakses di luar garisan kuning,
Sejak jeda pertempuran, 26 pusat perkhidmatan kesihatan telah dibuka semula dan lapan pusat baharu diwujudkan di samping WHO turut membaiki unit kritikal termasuk ICU Pediatrik dan Neonatal di Hospital Rantisi sebagai sebahagian usaha memperluas rawatan neonatal.
“Tiada hospital yang berfungsi di utara Gaza, tempat sekurang-kurangnya 20,000 orang berada,” kata jurucakap itu.
Beliau berkata, pasukan WHO dinafikan akses sekali lagi pada Jumaat ketika cuba memasuki Hospital Kamal Adwan bagi menubuhkan pusat kesihatan utama baharu.
Sekatan akses terus menjejaskan rawatan, termasuk di Hospital Gaza Eropah, di mana WHO tidak dapat mengambil dan mengagihkan semula peralatan kardiologi yang sangat diperlukan.
Peeperkorn turut mengetengahkan kemajuan dalam rawatan kekurangan zat makanan dengan menyatakan bahawa WHO membantu memulihkan operasi di Hospital Al-Kheir di Khan Younis serta membuka pusat pemantapan dengan 20 katil baharu.
“Terdapat 825 kemasukan ke pusat pemantapan SAM sejak Januari 2025, dengan sifar kematian direkodkan sejak pertengahan Oktober,” katanya.
Peeperkorn turut menggesa pemindahan perubatan dipertingkatkan dengan menyatakan lebih 16,500 pesakit masih memerlukan pemindahan ke luar Semenanjung Gaza, selain peningkatan sokongan antarabangsa serta pembukaan koridor pemindahan, khususnya ke Tebing Barat.
Nnnn
