Indonesia hargai pengiktirafan UNWTO

TABANAN – Menteri Pelancongan Indonesia, Widiyanti Putri Wardhana optimis kunjungan pelancong ke Jatiluwih yang diiktiraf sebagai antara kawasan pelancongan terbaik di dunia bagi tahun ini menintkat.

Beliau turut menghargai pengiktirafan yang diberi oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) itu.

Katanya, pemerintah Indonesia komited menjadikan Bali sebagai nadi pelancongan negara dengan moto Pelancongan Berkualiti, dalam usaha meningkatkan jumlah kunjungan pelancong ke pulau itu.

Beliau menyatakan perkara itu semasa lawatannya ke Kawasan Pelancongan Jatiluwih (DTW) di Tabanan, Bali, pada Isnin, menurut laporan agensi berita ANTARA.

Dalam majlis yang sama, Timbalan Menteri Pelancongan, Ni Luh Puspa berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk membangunkan infrastruktur bagi menyokong sektor pelancongan di Bali.

Katanya , bagi mengurangkan kesesakan semasa cuti seperti Krismas dan Tahun Baharu, satu kawasan tempat letak kereta akan dibina di Jatiluwih.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Pelancongan Wilayah Bali, Tjok Bagus Pemayun berkata, Bali menjadi pemacu utama pelancongan Indonesia dengan menyumbang 50 peratus daripada jumlah kunjungan pelancong ke negara ini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment