Terdedah hujan, udara sejuk di Gaza

BANDAR GAZA – Ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kini terdedah kepada cuaca hujan dan udara sejuk yang mula melanda kawasan itu, awal pagi semalam.

Keadaan itu berlaku di tengah-tengah amaran mengenai risiko banjir dan kemungkinan runtuhan khemah serta pusat perlindungan yang sudah uzur.

Jabatan Meteorologi Palestin memaklumkan bahawa Palestin kini terjejas oleh sistem tekanan rendah yang disertai jisim udara sejuk hingga agak sejuk serta hujan lebat, kadangkala disertai ribut petir.

Susulan itu, Pertahanan Awam Gaza mengeluarkan beberapa garis panduan dan amaran kepada penduduk, terutama mereka yang berlindung dalam khemah, supaya mengambil langkah berjaga-jaga mengelakkan bahaya banjir dan runtuhan.

Dalam satu kenyataan, rakyat Palestin digesa memastikan khemah mereka diikat dengan kukuh, terutama di kawasan berhampiran pantai yang terdedah kepada angin kencang, serta membina benteng pasir bagi menghalang air laut memasuki khemah.

Agensi itu turut menekankan kepentingan menjauhi bangunan yang dibom teruk dan tidak lagi sesuai didiami kerana ia dibimbangi mungkin terjejas dengan teruk akibat hujan sehingga runtuh menimpa penduduk.

Penduduk juga diingatkan supaya tidak menyalakan api dalam khemah atau berhampiran bahan plastik dan fabrik, bagi mengelakkan risiko kebakaran serta

menyeru binaan parit dan saluran antara khemah untuk mengelak risiko banjir.

Pihak berkuasa berkata, Israel melanggar protokol kemanusiaan dalam perjanjian gencatan senjata yang dicapai bulan lalu, termasuk menghalang kemasukan bahan perlindungan seperti khemah dan rumah bergerak.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment