Parti Perjuangan Rakyat bukan Pejuang

PUTRAJAYA  15 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 29 November ini. Sebaliknya, SPR dalam kenyataan media Bil.29/2025 malam ini memaklumkan Parti Perjuangan Rakyat (PR) yang meletakkan enam orang calon (termasuk di DUN N.25 Kapayan). Ini bermakan jumlah parti serta Bebas yang bertanding adalah 23 bukan 24 seperti dilaporkan melalui kenyataan media Bil.28/2025 yang turut menyenaraikan Pejuang bertanding satu kerusi. Terdahulu, Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid, dalam satu kenyataan menegaskan, parti itu tidak…

Read More

Calon orang muda, tua

KOTA KINABALU 15 Nov. – Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Mohd Syafiq Iqhmal Saharuddin dan Mohammad Hisyam Hazaril (Perikatan Nasional (PN) ) diumumkan sebagai calon termuda yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Mohd Syafiq, 24, bertanding di kawassan Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam dalam Parlimen Lahad Datu manakala Mohammad Hisyam, 24, bertanding di DUN Klias (Parlimen Beaufort) Calon tertua pula mewakili PKS iaitu Uling @ Thomas Anggan, 86, yang bertanding di DUN Bingkor dalam Parlimen Keningau. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun…

Read More

13 penjuru di DUN Tamparuli

TUARAN 15 Nov.  – Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Madius Tangau berdepan pertandingan 13 penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah kali ini. Bekas anggota Kabinet yang kini Ahli Parlimen Tuaran itu berdepan tujuh yang mewakili parti politik dan lima calon Bebas. Turut bertanding di situ adalah Aliusus Sipil (Rumpun), Vun Yun Fook (Bebas), Julia Ongkili (Parti Impian Sabah-PIS), Arthur Erik Lee (Anak Negeri), Dr Lee Han Kyun @ Joseph Lee (Warisan), Jinitoh Sontori (Parti Solidariti Tanah Airku-STAR). Samson S…

Read More

14 penjuru di DUN Tulid

KOTA KINABALU 15 Nov. – Pertandingan 14 penjuru disahkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah pada 29 November ini. Ia melibatkan calon yang mewakili lapan parti politik sementara bakinya adalah calon-calon Bebas. Rufinah Pengeran mewakili Pakatan Harapan (PH), Vinson Rusikan (Parti Kebangsaan Sabah atau PKS), Lucia Khing (Parti Warisan), Datuk Everitus Gungkit (Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR), Mohd Khairil Abdullah (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu atau UPKO). Ancis@Rayner Francis Udog (Parti Impian Sabah atau PIS), Jufina Dimis (Parti Rumpun Sabah) dan…

Read More

596 calon rebut 73 kerusi DUN Sabah

KOTA KINABALU 15 Nov.  – Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 menyaksikan 596 calon daripada 24 parti serta Bebas menawarkan diri bertanding di 73 kerusi selepas proses penamaan calon selesai di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC). Warisan satu-satunya parti yang bertanding di semua 73 kerusi manakala Bebas muncul sebagai kumpulan terbesar dengan 74 calon. Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parti Impian Sabah (PIS) yang sebelum ini terawal mengumumkan senarai calon menurunkan 72 calon manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengemukakan 55 calon. Ini diikuti Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)…

Read More

Terdedah hujan, udara sejuk di Gaza

BANDAR GAZA – Ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kini terdedah kepada cuaca hujan dan udara sejuk yang mula melanda kawasan itu, awal pagi semalam. Keadaan itu berlaku di tengah-tengah amaran mengenai risiko banjir dan kemungkinan runtuhan khemah serta pusat perlindungan yang sudah uzur. Jabatan Meteorologi Palestin memaklumkan bahawa Palestin kini terjejas oleh sistem tekanan rendah yang disertai jisim udara sejuk hingga agak sejuk serta hujan lebat, kadangkala disertai ribut petir. Susulan itu, Pertahanan Awam Gaza mengeluarkan beberapa garis panduan dan amaran kepada penduduk, terutama…

Read More

Serangan mendadak peneroka haram

GENEVA – Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR), mengecam peningkatan serangan peneroka haram Israel dan tindakan tentera Israel di wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat. Justeru OHCHR memberi amaran bahawa sesetengah tindakan itu mungkin dianggap sebagai jenayah perang. “Gambar kumpulan peneroka haram Israel bertopeng melakukan serangan dan pembakaran di Tebing Barat yang diduduki, minggu ini, adalah menjijikkan dan mencerminkan corak keganasan semakin meningkat terhadap rakyat Palestin,” kata jurucakap OHCHR, Thameen Al-Kheetan. Beberapa individu cedera dalam kejadian itu, termasuk serangan terhadap sebuah kilang tenusu serta pembakaran…

Read More