Ewon Benedick ketuai agenda “Sabah First”

KOTA KINABALU 14 Nov. – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ewon Benedick mengetuai senarai 25 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 dengan komitmen memperjuangkan hak-hak negeri itu seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, yang dimenanginya pada PRN16. Selain itu, UPKO turut meletakkan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau di DUN Tamparuli, yang dijangka berdepan beberapa saingan termasuk daripada calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Manakala, Setiausaha Agungnya,…

Read More

Francis Fahir calon Star Pantai Manis

KOTA KINABALU 14 Nov. –  Bekas penyampai TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah, Francis Fahir adalah antara 17 calon tambahan Parti Solidariti Tanahairku (STAR) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah 29 November ini. Beliau dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Pantai Manis yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional (BN). Selain Pantai Manis, kerusi tambahan lain adala Banggi; Tanjong Kapor; Kadamaian; Pantai Dalit; Tanjong Keramat, Tanjung Aru, Bongawan; Kuala Penyu, Lumadan, Nabawan, Telupid, Kuamut, Sulabayan; Kukusan, Sebatik serta Moyog. Star yang dipimpin bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah,…

Read More

Fadlun Datuk Bandar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 14 Nov.- Presiden Perbadanan Putrajaya Fadlun Mak Ujud, 58 dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa esok, 15 November selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, Beliau menggantikan Dr. Maimunah Mohd Sharif yang dilantik sebagai Penasihat Hartanah Petronas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Lukusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu memiliki pengalaman lebih 28 tahun dalam…

Read More

Lebih 3,400 borang penamaan dijual

KOTA KINABALU 14 Nov. – Setakat pagi ini lebih 3,400 set borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 sudah pun dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk di ibu pejabat Putrajaya. Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata daripada jumlah itu, 325 bakal calon sudah mengemukakan bayaran deposit mereka. “Setakat hari ini, kita sudah menjual lebih 3,400 borang (penamaan calon) di seluruh pejabat-pejabat RO (pegawai pengurus pilihan raya) kita (di Sabah) dan juga di ibu pejabat (di Putrajaya),” katanya selepas mengadakan tinjauan persiapan akhir penamaan calon PRN Sabah…

Read More

UPKO mahu tanding lebih 20 kerusi

PENAMPANG 14 Nov. – Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) akan menampilkan lebih 20 calon dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini. Presidennya,  Ewon Benedick berkata, calon-calon UPKO terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk usahawan, pengusaha kelapa sawit, peniaga, ahli Parlimen, bekas pegawai kerajaan serta aktivis masyarakat sivil. Katanya, senarai calon akan diumumkan secara rasmi pada Sabtu ini, dan beliau sendiri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian. “Kita mahu menzahirkan kepemimpinan UPKO supaya kerajaan Sabah…

Read More

Kekurangan dana ancam bantuan pelarian

NEW YORK – Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini memberi amaran, kekurangan dana yang serius mengancam perkhidmatan penting untuk jutaan pelarian di seluruh rantau itu. Beliau berkata, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, anggaran pendapatan bagi suku pertama 2026 terlalu rendah untuk menampung defisit besar dari 2025. “Tanpa kemasukan dana baharu yang ketara, penyampaian perkhidmatan kritikal kepada jutaan pelarian Palestin di seluruh rantau akan terjejas,” katanya kepada Jawatankuasa Keempat Perhimpunan Agung PBB di New York. Agensi PBB itu berdepan kesukaran kewangan yang semakin meruncing sejak Israel melancarkan…

Read More

WHO siasat wabak demam berdarah

ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pasukan pakar dan bekalan kecemasan untuk membantu menyiasat dan membendung wabak disyaki demam berdarah virus di selatan Ethiopia yang telah meragut enam nyawa. Menurut portal berita tempatan Addis Insight, enam orang, termasuk seorang doktor dan seorang jururawat meninggal dunia dalam kejadian disyaki akibat wabak itu di bandar Jinka, Zon Omo Selatan. Pengarah perubatan Hospital Besar Jinka Selamu Tadesse, berkata, dua pekerja kesihatan yang meninggal dunia itu merawat pesakit dengan simptom yang sama, mengaitkan risiko penularan melalui sentuhan rapat dengan pesakit. WHO dalam kenyataannya…

Read More