Francis Fahir calon Star Pantai Manis

KOTA KINABALU 14 Nov. –  Bekas penyampai TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah, Francis Fahir adalah antara 17 calon tambahan Parti Solidariti Tanahairku (STAR) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah 29 November ini.

Beliau dicalonkan untuk bertanding di kerusi DUN Pantai Manis yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional (BN).

Selain Pantai Manis, kerusi tambahan lain adala Banggi; Tanjong Kapor; Kadamaian; Pantai Dalit; Tanjong Keramat, Tanjung Aru, Bongawan; Kuala Penyu, Lumadan, Nabawan, Telupid, Kuamut, Sulabayan; Kukusan, Sebatik serta Moyog.

Star yang dipimpin bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan itu, dijangka meluaskan pengaruh di kawasan pedalaman dan dikuasai pengundi masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

Pada Rabu, Jeffrey mengumumkan 29 nama calon yang akan bertanding pada PRN kali ini, namun penyenaraian akhir calon dibuat selepas proses tapisan bagi memilih individu-individu yang paling layak dan berwibawa.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment