Penjenayah kolar putih ‘basuh dosa’ di kaunter kerajaan.

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) menghentikan amalan yang boleh menjurus ke arah sistem yang membenarkan penjenayah kolar putih ‘membasuh dosa’ di kaunter kerajaan. Presidennya Dr Ibrahim Ali berkata, jika ini tidak dihentikan, negara bakal mewujudkan rasuah berlesen nasional (RBN) di mana rasuah bukan lagi jenayah, sebaliknya berubah menjadi “deposit sementara”. “Negara ini sedang memasuki satu fasa yang sangat berbahaya dalam sejarah undang-undang dan integriti pentadbiran. Undang-undang bukan lagi benteng amanah. Ia telah mula kelihatan…

Read More

Kos rawatan atasi kutipan cukai

KUALA LUMPUR 6 Nov . – Sepanjang tahun lalu, kos rawatan pesakit EVALI ((‘E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’) dianggarkan mencecah RM223.5 juta lebih tinggi berbanding kutipan hasil cukai nikotin bagi produk vape iaitu RM209.5 juta sejak April 2023 hingga Ogos 2025. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata, anggaran kos rawatan yang tinggi itu menunjukkan beban kewangan yang besar ditanggung oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akibat penyakit berkaitan penggunaan vape dan rokok elektronik. “Berdasarkan data Kementerian Kewangan (MOF), duti eksais ke atas cecair atau gel bernikotin dikenakan pada kadar 40…

Read More

Pilihan berpaksi harapan bukan ketakutan

LONDON – Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York adalah satu pilihan rakyat yang berpaksikan “harapan, bukan ketakutan” serta “perpaduan mengatasi perpecahan.” Menurut Datuk Bandar London, Sadiq Khan, keputusan penduduk New York memilih Mamdani menunjukkan bahawa nilai-nilai inklusif dan progresif masih menjadi pegangan utama di bandar-bandar besar dunia. Dalam temu bual bersama podcast Global Story terbitan BBC, Khan berkata, pengundi telah membuat pilihan yang jelas, memilih harapan berbanding ketakutan, dan perpaduan berbanding perpecahan. Sambil mengucapkan tahniah kepada Mamdani atas kejayaan bersejarahnya, Khan berkata, beliau belum sempat berbicara secara langsung…

Read More

Trump dakwa hala tuju politik ekstrem

MIAMI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara terbuka mengulas kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York dengan menyifatkan ia sebagai cerminan kepada hala tuju politik Parti Demokrat yang semakin ekstrem Trump menyelar Mamdani yang merupakan seorang sosialis demokrat dan mendakwa beliau sebagai “komunis” yang dipilih untuk menerajui bandar terbesar di negara itu. “Jika anda mahu tahu apa yang ahli Demokrat Kongres mahu lakukan terhadap Amerika, lihat sahaja keputusan pilihan raya semalam di New York – mereka telah melantik seorang komunis sebagai Datuk Bandar,” kata Trump ketika berucap…

Read More