Hamas serah mayat tebusan

GAZA – Kumpulan Hamas menyerahkan satu lagi mayat tebusan  yang terkorban kepada pihak berkuasa Israel, menjadikan setakat ini, lebih 20 mayat tebusan Israel diserahkan sejak gencatan senjata bermula pada 10 Oktober lalu.

Menurut laporan yang disahkan oleh Palang Merah dan pejabat Perdana Menteri Israel, mayat tersebut diserahkan di Gaza dan diterima pasukan Pertahanan Israel (IDF) serta agensi keselamatan Shin Bet,sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Forensik Nasional di Israel untuk proses pengecaman identiti.

Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang diketuai oleh Amerika Syarikat, yang turut merangkumi pertukaran tahanan dan usaha membawa pulang semua warga Israel yang ditahan, sama ada masih hidup atau telah terkorban.

Menurut sayap bersenjata Hamas, mayat berkenaan ditemui di kawasan selatan Gaza, berhampiran laluan terowong bawah tanah yang digunakan semasa konflik bersenjata.

Sementara itu, suasana di Gaza kekal tegang dengan laporan berterusan mengenai serangan artileri Israel di beberapa kawasan, termasuk kemusnahan rumah dan ladang di timur bandar Gaza.

Pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa mereka akan terus menjalankan siasatan forensik bagi menentukan punca kematian dan identiti penuh mangsa.

Nnn

Related posts

Leave a Comment