RIYADH 5 Nov. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat “Saudi Arabian Military Industries” (SAMI) dan juga ibu pejabat syarikat haruman terkemuka, “Arabian Oud”, sempena lawatan negara empat hari ke Arab Saudi. Keberangkatan tiba Baginda di SAMI disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Thamer Al-Muhid, yang turut mempersembahkan taklimat sepanjang lawatan. SAMI yang ditubuhkan pada 2017 merupakan sebuah syarikat milik Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, bagi membangunkan dan menyokong industri pertahanan di negara itu ke arah memperkukuhkan keupayaan kendiri dalam bidang berkenaan. Ia memainkan peranan besar dalam menyumbang…
Read MoreDay: November 5, 2025
Jakim arah MFW tarik balik Muslim Choice
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) telah diarah menarik balik pengiktirafan label atau logo ‘Muslim Choice’ membabitkan produk yang dikeluarkan pertubuhan itu di pasaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata arahan itu dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Katanya, pihaknya juga sudah mengadakan perbincangan bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dengan mengeluarkan amaran keras kepada MFW. “Sekiranya berlaku lagi pelanggaran selepas amaran ini dikeluarkan, maka pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…
Read MoreMenteri, timbalan disaran ikuti kursus jawab soalan
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mencadangkan menteri dan timbalan menteri mengikuti kursus menjawab soalan yang dikemukakan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. Cadangan anggota pembangkang itu susulan kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan yang ‘malas’ menjawab soalan wakil rakyat pembangkang berikutan mereka tidak menyokong Belanjawan 2026, semalam. Ahmad Fadhli menyifatkan jawapan Ahmad itu suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab. “Saya cadangkan supaya sedikit kursus perlu diajar kepada anggota Kabinet, menteri dan timbalan menteri untuk menjawab soalan dengan penuh hemah supaya tidak menampakkan kita…
Read MoreMuslim Friendly Watch bubar
JOHOR BAHRU 5 Nov. – Muslim Friendly Watch (MFW) hari ini membubarkan pertubuhan itu secara rasmi mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), susulan isu ‘Muslim Choice’ yang mendapat perhatian umum baru-baru ini. Kenyataan MFW memaklumkan proses pembubaran ini akan dilaksanakan dengan penuh tertib dan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) agar semuanya berjalan mengikut prosedur yang sah. Pada masa sama, MFW juga akur dengan ketetapan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar dan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan…
Read MoreNew York dapat Datuk Bandar Muslim
NEW YORK – Zohran Mamdani, 34, mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Datuk Bandar New York City, menjadikannya pemimpin demokratik sosialis pertama dan Datuk Bandar Muslim pertama dalam sejarah bandar terbesar Amerika Syarikat (AS). Kemenangan ini bukan sahaja bersejarah dari segi identiti dan ideologi, tetapi juga mencerminkan perubahan arus politik di Amerika Syarikat, khususnya di kota metropolitan seperti New York. Dalam pilihan raya yang mencatatkan jumlah pengundi tertinggi sejak tahun 1969,, ahli politik muda itu menewaskan bekas Gabenor New York Andrew Cuomo dan calon Republikan Curtis Sliwa dengan kemenangan yang mengejutkan…
Read MoreBerita pilihan…
Penipu di Singapura bakal disebat
SINGAPURA – Hukuman sebat mandatori sekurang-kurangnya enam kali akan dikenakan terhadap pesalah penipuan selepas Akta Undang-Undang Jenayah (Pelbagai Pindaan) diluluskan di Parlimen semalam, 4 November 2025. Mereka yang akan dihukum sebat termasuk anggota sindiket dan perekrut, serta individu yang membantu mereka, seperti keldai wang yang menyediakan akaun bank, kad SIM atau butiran Singpass. Hukuman itu sebagai langkah tegas menangani kegiatan sindiket yang menyebabkan kerugian besar kepada ekonomi negara itu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Negara bagi Hal Ehwal Dalam Negeri, Sim Ann, ketika membentangkan pindaan terhadap Kanun Keseksaan Singapura…
Read MoreHamas serah mayat tebusan
GAZA – Kumpulan Hamas menyerahkan satu lagi mayat tebusan yang terkorban kepada pihak berkuasa Israel, menjadikan setakat ini, lebih 20 mayat tebusan Israel diserahkan sejak gencatan senjata bermula pada 10 Oktober lalu. Menurut laporan yang disahkan oleh Palang Merah dan pejabat Perdana Menteri Israel, mayat tersebut diserahkan di Gaza dan diterima pasukan Pertahanan Israel (IDF) serta agensi keselamatan Shin Bet,sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Forensik Nasional di Israel untuk proses pengecaman identiti. Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang diketuai oleh Amerika Syarikat, yang turut merangkumi pertukaran tahanan…
Read More