SEPANG 4 Nov. – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bertekad untuk berusaha secara kolektif bagi mencari penyelesaian masalah dalaman dengan semangat saling hormat menghormati, persefahaman yang baik dan tegas mempertahankan Perlembagaan parti. Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, Bersatu memandang serius masalah dalaman parti itu. “MPT beriltizam untuk terus menjana usaha pengukuhan dan pengembangan perjuangan parti demi masa depan Malaysia yang lebih bermaruah dan cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Mohd Yassin itu turut dihadiri Timbalannya, Hamzah Zainudin; Ketua Penerangan…
Read MoreDay: November 4, 2025
Sambutan negara sempena lawatan Agong
RIYADH 4 Nov. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Istana Yamamah, bersempena lawatan negara baginda ke Arab Saudi, hari ini. Keberangkatan tiba baginda pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang waktu Malaysia) disambut penuh mesra Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud. Lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Arab Saudi dimainkan sebagai tanda penghormatan sebelum Seri Paduka Baginda dengan diiringi Putera Mohammed bin Salman berjalan masuk ke istana melintasi kawalan kehormatan. Selesai Istiadat Sambutan Negara, berlangsung pertemuan rasmi antara…
Read MoreBukti sejarah aktiviti gunung berapi purba
JOHOR BAHRU 4 Nov. – Gempa bumi berukuran 2.7 pada skala Richter yang direkodkan di Jementah, Segamat pada 7.55 malam semalam membuktikan sejarah aktiviti gunung berapi purba di daerah itu, khususnya sekitar Jementah dan Batu Badak. Menurut kenyataan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), gempa bumi lemah itu berlaku dalam zon volkanik purba Tertier, iaitu kawasan yang dahulunya pernah mengalami aktiviti gunung berapi berjuta tahun lepas. Berdasarkan data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira tiga kilometer di barat Segamat, dengan…
Read MoreART: Kenyataan AGC tidak berunsur politik
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) tidak berunsur politik seperti dakwaan pihak tertentu, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan pandangan dan kebijaksanaan AGC tentang ART serta peranan AGC berdasarkan sudut undang-undang dan perjanjian antara negara adalah sangat penting. “Kenyataan Peguam Negara itu sebab mereka teliti, janganlah kata politik. AGC kata ini tak boleh, ini boleh… maka itu dia pertahankanlah keputusannya. Apa salahnya? Apa yang politiknya? “Kalau kita minta AGC buat kenyataan baharu…
Read MoreMFW mohon maaf isu ‘Muslim Choice’
SEPANG 4 Nov. – Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) memohon maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam berhubung kekeliruan yang melibatkan istilah ‘Muslim Choice’, sistem dalaman organisasi itu. Presidennya, Noorman Kamsani berkata, Muslim Choice bukan badan pensijilan halal atau label pengiktirafan, sebaliknya platform dalaman untuk menyimpan dan mengurus data ahli korporat serta ahli-ahli MFW. “Logo dan nama sistem tersebut hanyalah identiti dalaman dan tidak pernah diberikan kebenaran untuk digunakan oleh mana-mana ahli, syarikat atau produk. “Kami kesal atas kekeliruan yang berlaku dan memohon maaf atas sebarang kegusaran yang timbul,” katanya…
Read MoreBerita pilihan…
Ancaman sekat dana persekutuan
NEW YORK – Menjelang pilihan raya Datuk Bandar New York, Presiden Donald Trump, menyatakan, beliau akan menyekat dana persekutuan kepada bandar itu sekiranya calon Demokrat, Zohran Mamdani, memenangi jawatan tersebut. Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata adalah “amat tidak mungkin” beliau akan menyumbang dana persekutuan kepada New York City, kecuali jumlah minimum yang diwajibkan, sekiranya Mamdani dipilih. Pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Selasa menyaksikan Mamdani mendahului dalam tinjauan pendapat, menewaskan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo, yang bertanding sebagai calon bebas. Cuomo sebelum ini tewas kepada Mamdani…
Read MoreSNAP: Trump mahu guna dana kecemasan
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan akan menggunakan dana kecemasan sebanyak AS$5.25 bilion (RM22 bilion) untuk menyalurkan bantuan makanan secara separa kepada lebih 42 juta rakyat. Sebelum ini, Jabatan Pertanian AS (USDA) memaklumkan dalam dokumen mahkamah, penerima Program Bantuan Pemakanan Tambahan (SNAP), atau kupon makanan, hanya akan menerima separuh daripada jumlah bulanan biasa mereka. Ini susulan kekangan dana akibat penutupan kerajaan persekutuan yang bermula sejak 1 Oktober. SNAP membolehkan golongan berpendapatan rendah membeli makanan asas menggunakan kad debit yang boleh diisi semula. Purata bantuan untuk sebuah keluarga empat orang…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 04.11.2025
Menara Merdeka 118 Bangunan Tinggi Terbaik
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Council on Vertical Urbanism (CVU) mengiktiraf Menara Merdeka 118 sebagai Bangunan Tinggi Terbaik (300 meter ke atas), menandakan satu lagi pencapaian membanggakan Malaysia di pentas dunia. Anugerah itu disampaikan pada Majlis Anugerah CVU 2025 di Toronto, Kanada, yang meraikan kecemerlangan dalam reka bentuk bangunan tinggi dan perancangan bandar di peringkat global. CVU yang sebelum ini dikenali sebagai Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), merupakan antara pihak berkuasa terkemuka dalam bidang pencakar langit dan kehidupan bandar moden. PNB Merdeka Ventures Snd Bhd (PNBMV) dalam…
Read More