NEW YORK – Menjelang pilihan raya Datuk Bandar New York, Presiden Donald Trump, menyatakan, beliau akan menyekat dana persekutuan kepada bandar itu sekiranya calon Demokrat, Zohran Mamdani, memenangi jawatan tersebut.
Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump berkata adalah “amat tidak mungkin” beliau akan menyumbang dana persekutuan kepada New York City, kecuali jumlah minimum yang diwajibkan, sekiranya Mamdani dipilih.
Pilihan raya yang dijadual berlangsung pada Selasa menyaksikan Mamdani mendahului dalam tinjauan pendapat, menewaskan bekas Gabenor New York, Andrew Cuomo, yang bertanding sebagai calon bebas.
Cuomo sebelum ini tewas kepada Mamdani dalam pemilihan Demokrat, serta Curtis Sliwa, pengasas Guardian Angels yang mewakili Parti Republikan.
Menurut tinjauan RealClearPolitics terkini, Mamdani memperoleh 45.8 peratus sokongan, meninggalkan Cuomo dengan 31.1 peratus dan Sliwa dengan 17.3 peratus.
Kempen Mamdani yang bersemangat dan pelbagai bahasa telah menarik perhatian warga New York dengan janji seperti pengangkutan awam percuma, pembekuan sewa, dan penjagaan kanak-kanak universal yang dibiayai melalui cukai ke atas golongan kaya.
Beliau juga berpotensi menjadi Datuk Bandar Muslim pertama, serta individu pertama kelahiran Afrika dan berketurunan Asia Selatan yang memimpin bandar itu.
Nnn
