ART: Kenyataan AGC tidak berunsur politik

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS) tidak berunsur politik seperti dakwaan pihak tertentu, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan pandangan dan kebijaksanaan AGC tentang ART serta peranan AGC berdasarkan sudut undang-undang dan perjanjian antara negara adalah sangat penting.

“Kenyataan Peguam Negara itu sebab mereka teliti, janganlah kata politik. AGC kata ini tak boleh, ini boleh… maka itu dia pertahankanlah keputusannya. Apa salahnya? Apa yang politiknya?

“Kalau kita minta AGC buat kenyataan baharu untuk pertahan kerajaan semata-mata, itu namanya politiklah. Tapi kenyataan itu setelah mereka teliti, dan saya bukan nak pertahankan Peguam Negara… tapi ada kita ubah suai (kandungan perjanjian) selepas dapat input dari AGC… itu cara kita kerja,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan  Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada kenyataan AGC itu berbentuk politik dan menggesa jabatan berkenaan memberikan pandangan undang-undang yang bebas.

Tegas Anwar, meskipun beberapa dasar dalam pelbagai sektor dicadangkan oleh pihak berkaitan seperti Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi rundingan dengan AS, faktor undang-undang tetap dipertimbang oleh AGC dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

AGC dalam satu kenyataan semalam, AGC memaklumkan,Malaysia mempunyai hak untuk menamatkan ART dengan AS pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bertulis.

Menurut AGC, penamatan perjanjian itu boleh dilakukan tanpa memerlukan persetujuan AS, berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 7.5 ART, yang bertujuan mempertahankan dan memelihara kedaulatan Malaysia serta melindungi kepentingan negara pada setiap masa.

Anwar yang juga Menter Kewangan turut menjelaskan, ART antara Malaysia dan AS tidak mengandungi sebarang peruntukan bercanggah dengan semangat atau peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, katanya AGC mempunyai kedudukan penting dalam setiap perjanjian negara termasuk ART bagi memastikan ia selaras dengan undang-undang Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan bahawa perjanjian yang ditandatangani bukan sahaja mempertahankan kepentingan bumiputera, malah sebarang tindakan penguatkuasaan tidak membelakangkan undang-undang domestik di Malaysia.

“Saya nak sebut di sini satu peruntukan sahaja yang sangat penting, Seksyen 5, Economic and National Security. Peguam Negara bagi penjelasan, peruntukan ini komprehensif yang mengikat semua peruntukan lain.

Ada berkaitan keselamatan negara, jadi kita ada pertimbangan keselamatan negara. Sekiranya ia menjejaskan keselamatan negara, maka kita tidak boleh menerima perkara ini, ia juga berpandukan kepada prinsip saling percaya dan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan bilateral,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment