KUALA LUMPUR 18;Okt.- Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, (Andalusia) syarikat pengendali haji, umrah dan pelancongan sedang mengadakan Kempen October Deals 2025 bermula semalam sehingga 20 Oktober ini.
Menerusi kempen ini, orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran diskaun sehingga RM200 melalui tempahan yang boleh dibuat sama ada di ibu pejabat Andalusia di Desa Pandan atau kesemua 62 cawangan di seluruh negara.
Pada masa yang sama, bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang boleh mengunjungi MATTA Muslim Travel Fair, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur yang akan berlangsung sehingga esok (19 Oktober).
Manakala GoTravel Expo, yang berlangsung di Mid Valley Megamall akan berakhir pada Isnin ini, 20 Oktober.
Pengunjung kedua-dua acara boleh mendapatkan maklumat secara bersemuka dengan para petugas Andalusia berhubung pakej pilihan mereka sama ada umrah atau pelancongan.
Hadiah cenderamata juga disediakan kepada para pengunjung dan mereka yang mendaftar untuk pakej berkaitan.
Sementara itu, October Deals 2025 adalah untuk membantu umat Islam merebut peluang menunaikan umrah pada musim 1447H – 1448H serta menamatkan baki lebih 15,000 tempat duduk penerbangan yang masih tersedia sehingga April 2026 seterusnya mencapai Misi Andalusia iaitu 80,000 jemaah menunaikan umrah.
Di booth WTC, pelanggan boleh menikmati diskaun khas RM100 hingga RM200 seorang untuk semua pakej umrah, termasuk Umrah Jimat, Umrah Sederhana Ramadan, dan Umrah Jarak Dekat Musim Ramadan .
Andalusia juga memperluas tawaran kepada pakej pelancongan luar negara seperti Eropah, Turki, Jepun, Korea dan Muslim Tour serata dunia, dengan potongan sehingga RM200 seorang.
Melalui kempen ini, ia bukan sekadar “jualan murah”, tetapi peluang pelanggan ke Tanah Suci, dengan jaminan pengalaman ibadah yang selesa, telus dan diyakini — selaras dengan tagline “Paling Dipercayai. Paling Diyakini. Hanya di Andalusia.”
Sementara itu Pengarah Pemasaran Digital Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, selepas 23 tahun beroperasi, Andalusia bukan sekadar mempromosikan pakej, tetapi kekal konsisten membantu ummah menunaikan ibadah dengan tenang dan yakin.
“Kami memperkenalkan pendekatan baharu yang lebih telus dan digital supaya setiap jemaah tahu, apa yang dibayar ialah apa yang mereka dapat. Tiada keraguan dan tiada caj tersembunyi,” katanya.
Beliau menjelaskan dengan rangkaian kukuh 62 cawangan serta 800,000 pelanggan berdaftar, diskaun atau potongan harga bukan bermakna mengurangkan kualiti sebaliknya pengalaman dan skala besar membolehkan Andalusia memberikan nilai terbaik kepada jemaah.
“Kami sentiasa meletakkan jemaah sebagai keutamaan. Andalusia menyediakan khidmat lengkap, daripada kursus persiapan, urusan visa, mutawwif berpengalaman hingga pemantauan selepas ibadah.
Inilah yang membezakan kami, bukan sekadar menjual pakej, tetapi membimbing jemaah sepenuhnya dari mula sampai akhir,” katanya.
Beliau juga memberitahu, Andalusia kini bergerak ke arah digitalisasi penuh, termasuk sistem pendaftaran, pembayaran dan pangkalan data jemaah supaya setiap transaksi menjadi lebih telus, selamat dan pantas.
Langkah itu juga sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap agensi umrah tempatan.
Nnnn
