MIFTF di WTC bermula hari ini

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Buat julung kalinya, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menganjurkan MATTA Muslim Friendly Travel Fair (MFTF) selama dua hari mulai hari ini di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

MFTF yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, WTC Kuala Lumpur itu melibatkan keluasan 2,700 meter persegi dengan penyertaan 115 reruai yang dikendalikan ejen pelancongan berlesen dan pemain industri pelancongan lain.

Bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam, acara ini memberi peluang kepada pelancong Muslim mencari destinasi yang menyediakan makanan halal, kemudahan solat dan tarikan mesra keluarga.

Turut sama menyertai acara ini adalah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, (Booth 4039) pengendali haji dan umrah yang turut mengatur pakej pelancongan ke pelbagai destinasi.

Walaupun berskala lebih kecil berbanding Pameran MATTA di MITEC, acara berkenaan menawarkan pengalaman yang lebih terfokus dan tersusun kepada pengunjung yang berminat dengan destinasi, produk serta perkhidmatan berpaksikan nilai mesra Muslim.

Pengerusi Penganjur MATTA Muslim Friendly Travel Fair, Dr Fazil Khan berkata, MATTA menyedari cabaran yang sering dihadapi pelancong Muslim dalam mencari destinasi yang menyediakan makanan halal, kemudahan solat dan tarikan mesra keluarga.

“MFTF diwujudkan bagi menjembatani jurang tersebut. Kami juga berbangga dapat menampilkan agensi pelancongan bertauliah yang menawarkan pakej umrah dan haji bagi membolehkan pengunjung menunaikan kewajipan agama dengan penuh yakin serta tenang,” katanya.

Katanya, MFTF bukan hanya untuk pelancong Muslim sebaliknya Ia terbuka kepada semua pengunjung yang mencari pilihan perjalanan berorientasikan kekeluargaan, mudah diakses dan menghormati nilai budaya.

MATTA turut menerima sokongan daripada rakan rasmi acara iaitu RHB Bank Berhad sebagai penaja platinum eksklusif, Pusat Pelancongan Islam (Islamic Tourism Centre) sebagai rakan strategik dan Hwajing Travel & Tours sebagai pengendali rasmi pelayaran.

Kerjasama tersebut membuktikan komitmen bersama dalam memperkasakan pelancongan mesra Muslim dan menjadikan MFTF sebagai pusat sehenti perancangan perjalanan.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment