PUTATAN 18 Okt. – UMNO-Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan mana-mana gabungan dan parti untuk membentuk kerajaan negeri serta berkongsi kuasa selepas Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) pada 29 November ini. Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kesediaan itu berdasarkan analisis yang menjangkakan tiada mana-mana parti atau gabungan politik yang mampu menjadi dominan selepas keputusan PRN diketahui kelak. Katanya, walaupun UMNO-BN menetapkan misi untuk merampas kerajaan negeri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN17, namun ia menerima hakikat mengenai jangkaan tiada parti yang dominan hasil daripada analisis…
Read MoreDay: October 18, 2025
Tawaran Oktober 2025 pakej umrah, pelancongan
KUALA LUMPUR 18;Okt.- Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd, (Andalusia) syarikat pengendali haji, umrah dan pelancongan sedang mengadakan Kempen October Deals 2025 bermula semalam sehingga 20 Oktober ini. Menerusi kempen ini, orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran diskaun sehingga RM200 melalui tempahan yang boleh dibuat sama ada di ibu pejabat Andalusia di Desa Pandan atau kesemua 62 cawangan di seluruh negara. Pada masa yang sama, bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang boleh mengunjungi MATTA Muslim Travel Fair, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur yang akan berlangsung sehingga esok (19…
Read MoreMIFTF di WTC bermula hari ini
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Buat julung kalinya, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menganjurkan MATTA Muslim Friendly Travel Fair (MFTF) selama dua hari mulai hari ini di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur. MFTF yang berlangsung di Dewan Tun Razak 4, WTC Kuala Lumpur itu melibatkan keluasan 2,700 meter persegi dengan penyertaan 115 reruai yang dikendalikan ejen pelancongan berlesen dan pemain industri pelancongan lain. Bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam, acara ini memberi peluang kepada pelancong Muslim mencari destinasi yang menyediakan makanan halal, kemudahan solat dan tarikan…
Read MoreBerita pilihan…
Waran tangkap, ICC tolak rayuan Israel
THE HAGUE – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak permohonan rayuan Israel terhadap waran tangkap ke atas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant berhubung perang di Gaza. Sebelum ini, pada 16 Julai lalu, ICC menolak permohonan itu dengan menyatakan tiada ‘asas undang-undang’ untuk membatalkan waran tangkap sementara isu bidang kuasa masih dalam pertimbangan. Seminggu kemudian, Israel memohon kebenaran untuk merayu keputusan itu, tetapi hakim pada Jumaat memutuskan bahawa ‘isu yang dibangkitkan Israel bukan perkara yang boleh dirayu’. “Oleh itu, mahkamah menolak permohonan itu,” menurut ICC dalam keputusan…
Read MoreKembali ke masjid solat Jumaat
GAZA – Laungan azan ‘Allahu Akbar, Maha Suci Allah, Tuhan sekalian alam’ bergema serentak di masjid-masjid sekitar Gaza, pada Jumaat seminggu selepas gencatan senjata dilaksanakan di wilayah Palestin yang majoritinya beragama Islam itu. Ribuan penduduk kembali menjejakkan kaki ke masjid-masjid sama ada bangunannya yang sempurna ataupun rosak bagi menunaikan solat Jumaat. Masjid Sayed Hachem, antara masjid tertua di bandar terbesar Gaza itu, turut jadi tumpuan, masjid yang terselamat hampir sepenuhnya daripada kemusnahan sepanjang dua tahun serangan udara dan pertempuran antara Israel dan Hamas. Ratusan jemaah, berhimpun di masjid itu, di…
Read More