PUTRAJAYA 28 Sept. – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin sebagai genosid paling tidak berperikemanusiaan dalam era moden yang dilakukan tanpa rasa bersalah dan secara terang-terangan mencabul nilai kemanusiaan sejagat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, sejak penubuhan negara Israel lebih 70 tahun lalu, rantau Asia Barat tidak pernah aman, dan konflik yang berterusan ini menjadi satu ironi sejarah apabila bangsa Yahudi yang dahulunya ditindas oleh rejim Nazi kini bertindak menindas bangsa lain. Apabila Nazi menindas orang Yahudi, ramai yang bersimpati terhadap penderitaan mereka. Tetapi kini, orang yang…
Read MoreDay: September 28, 2025
PRN Johor : Pimpinan pusat tentukan
TASEK GELUGOR 28 Sept. – Kepemimpinan parti di peringkat negeri boleh mencadangkan apa sahaja yang mereka inginkan berhubung pertandingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi keputusannya terletak kepada pimpinan peringkat nasional. Presiden Amanah, Mohamad Sabu, berkata sama ada wakil negeri, Pemuda mahupun Wanita, pihak berkenaan boleh mengemukakan apa sahaja cadangan atau usul, yang merupakan satu perkara biasa bagi parti politik. “Itu (cadangan atau usul) perkara biasa dalam mana-mana parti sekali pun, tetapi keputusan akhir akan dibuat oleh kepemimpinan tertinggi di peringkat nasional,” katanya ketika diminta mengulas usul dikemukakan Amanah Johor.…
Read MoreBerita pilihan…
Saudi mula persiapan haji lebih awal
MAKKAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memulakan kerja lapan bulan lebih awal bagi menambah baik perkhidmatan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman ibadah jemaah bagi musim Haji 1447 Hijrah. Menurut laporan media, setakat ini, kementerian melaksanakan beberapa inisiatif utama, termasuk berkoordinasi dengan wakil dari lebih 60 negara melalui pejabat urusan haji mereka. Pihak kementerian juga mengadakan lebih 50 mesyuarat bagi melancarkan inisiatif bas Saudi yang bertujuan meningkatkan sistem pengangkutan jemaah. Menerusi platform Nusuk Masar, kementerian meluluskan 16 syarikat yang memberikan perkhidmatan kepada jemaah dari luar negara, menyelesaikan automasi panduan perkhidmatan…
Read MoreBayi baru lahir hadapi risiko kematian
GAZA – Bayi pramatang dan yang baru lahir di Semenanjung Gaza kini berjuang untuk terus hidup dalam keadaan serba kekurangan berikutan kekurangan bekalan ubat-ubatan akibat penutupan lintasan sempadan oleh Israel. Mereka menghadapi kesukaran bernafas berikutan kekurangan bekalan ubat dan berdepan risiko kematian dan krisis kesihatan yang serius. Unit rawatan rapi bayi Hospital Al-Tahrir di Kompleks Perubatan Nasser, selatan Gaza menjadi simbol jelas malapetaka itu apabila sebuah video memaparkan suasana memilukan keluarga yang tidur di lantai bersama bayi mereka di unit rawatan luaran Hospital Al-Tahrir. Keadaan kesihatan mereka merosot akibat majoriti…
Read More