LOS ANGELES – Rancangan penstrukturan semula Starbucks akan turut mengurangkan kira-kira 900 jawatan bukan runcit dan menutup sekitar 200 premisnya di Amerika Utara. Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol, jumlah keseluruhan kedai yang dikendalikan syarikat di Amerika Utara dijangka berkurangan kira-kira satu peratus pada tahun fiskal 2025. Niccol dalam kenyataannya berkata, syarikat itu akan menamatkan tahun fiskal dengan hampir 18,300 cawangan Starbucks di seluruh Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Dalam masa yang sama, Starbucks juga merancang untuk menaik taraf lebih 1,000 cawangan dalam tempoh 12 bulan akan…
Read MoreDay: September 26, 2025
PKR, PH tidak dapat banyak kerusi
KOTA KINABALU 26 Sept. – PKR hanya bertanding di beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang manakala beberapa kerusi lagi ditandingi rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima kedudukan PKR dan PH yang tidak mendapat banyak kerusi untuk ditandingi tetapi yang penting ialah hubungan baik antara negeri dan Persekutuan dapat dikekalkan selepas PRN. “Masa pilihan raya nanti kita kena fikir baik-baik. Ada PKR tanding, contoh di Inanam, Peto (Datuk Peto Galim), ada dengan rakan dalam PH dan ada kawasan kita pakat…
Read MoreAS$42 juta kepada Palestin sejak 2024
NEW YORK 26 Sept. – Malaysia membuktikan komitmen berterusan terhadap perjuangan rakyat Palestin dengan menyalurkan lebih AS$42 juta (RM177 juta) dalam bentuk bantuan kemanusiaan dan sokongan pemulihan semula Gaza sejak 2024, Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata, Malaysia menyumbang AS$17 juta (RM72 juta) menerusi Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin sejak tahun lalu. Berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Penyokong Palestin di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, beliau turut mengumumkan tambahan AS$25 juta (RM100 juta) sebagai bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula Gaza. Dalam pada itu, Mohamad menggesa negara anggota PBB memastikan…
Read MoreADUN Pas mohon maaf kepada Syahredzan
BANGI 26 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas bagi Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah, memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan (DAP) berhubung satu kenyataan pada 2022 dan 2023. Kenyataan itu dibuat semasa acara Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum 2022 dan Pilihan Raya Negeri Selangor 2023. Menerusi permohonan maaf yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini, Shafie mengakui bahawa beliau membuat dakwaan palsu yang antaranya menyatakan Syahredzan bukan seorang Muslim yang jujur dan taat beragama serta menyokong ideologi komunis. “Saya mengakui bahawa…
Read MoreBerita pilihan…
AS kuasai, kawal operasi TikTok
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mengesahkan penjualan operasi TikTok di Amerika Syarikat (AS) kepada pelabur tempatan dan antarabangsa dan sekali gus memenuhi keperluan keselamatan negara seperti termaktub dalam undang-undang 2024. Menurut Naib Presiden JD Vance, syarikat baharu itu bernilai sekitar AS$14 bilion, pertama kali nilai aplikasi video pendek popular itu diumumkan secara rasmi. Menerusi perintah eksekutif berkenaan, TikTok akan dimiliki dan dikawal majoriti oleh entiti AS, manakala syarikat induknya di China, ByteDance serta syarikat berkaitan hanya dibenarkan memiliki kurang daripada 20 peratus kepentingan dalam…
Read MoreDaging: Tingkat rondaan di masjid
SINGAPURA – Polis Singapura meningkatkan rondaan di masjid dan memantau rapi keadaan selepas beberapa rumah ibadat Islam di negara itu menerima bungkusan mencurigakan berisi daging. Menteri Ehwal Dalam Negeri Singapura, K Shanmugam, berkata siasatan sedang dijalankan dan sesiapa yang bertanggungjawab akan diambil tindakan tegas. “Saya tidak mahu membuat spekulasi. Kita tidak tahu siapa yang melakukannya, kita tidak tahu apa motifnya, tetapi setakat ini siri kejadian ini kelihatan hanya menyasarkan masjid… di mana potongan daging dihantar. “Kami akan melakukan apa sahaja yang mampu untuk memastikan rumah ibadat kekal selamat,” katanya kepada…
Read More