GSF: Bantu jika berlaku insiden tidak diingini

SEPANG 25 Sept. – Kerajaan akan menyediakan bantuan undang-undang jika berlaku tindakan agresif atau perundangan terhadap sukarelawan negara yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata barisan peguam sudah memberikan nasihat dari sudut perundangan sekiranya insiden tidak diingini berlaku sepanjang pelayaran. “Kita ucapkan terima kasih kepada barisan peguam yang memberikan nasihat perundangan jika berlaku sebarang permasalahan dan tindakan agresif pihak Israel. “Kita harap semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terus memantau…

Read More

Mustahil Malaysia pangkalan Hamas

BANGI 25 Sept . – Mustahil untuk Malaysia dijadikan sebagai pangkalan dan pusat operasi kepada anggota Hamas, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan yang dibuat penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Jonathan Schanzer jelas sekali tidak benar. Katanya, Malaysia sudah mengambil tindakan pemantauan yang ketat dalam mengawal aktiviti berunsur keganasan dalam negara ini. “Memang tidak ada pangkalan melatih (Hamas) apatah lagi dijadikan sebagai pangkalan untuk Hamas ini. Kita ketahui bahawa ini adalah tuduhan yang sudah dinafikan oleh Ketua Polis Negara (Mohd Khalid Ismail),”…

Read More

Haram vape seawal pertengahan 2026

CYBERJAYA  25 Sept. – Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape secara berperingkat dengan sasarannya bermula seawal pertengahan tahun depan atau separuh kedua tahun 2026. Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad, berkata, ada banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan tetapi KKM tetap mahu mengharamkan penjualanya. “Saya berharap ia dapat dilaksanakan pada pertengahan 2026. Jika tidak, pada separuh kedua tahun depan. Kita tetap mahu mengharamkan penjualan,” katanya selepas melancarkan Pelan Induk Nasional Tingkah Laku Dalam Kesihatan, di sini, hari ini. Sebelum ini, Dr Dzulkefly dilaporkan berkata, KKM dalam…

Read More

BUDI95: Putra dakwa pengguna masih ‘rugi’

SEPANG 25 Sept. – Pengguna 60 liter RON95 hanya mampu menjimatkan 12 sen sehari tetapi pada masa yang sama rugi 16 sen sehari akibat kenaikan harga dua biji telur, demikian dakwaan yang dibuat Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra). Putra merujuk data Kementerian Kewangan yang menunjukkan majoriti rakyat hanya mengguna 60–80 liter RON95 sebulan dan selepas subsidi telur ditarik, harga melonjak 16 hingga 22 peratus sebulan dan naik 8 sen sebiji selepas 23 September. Menurut Presiden Putra,  Ibrahim Ali, penunggang motosikal yang mengguna 20 liter sebulan cuma menjimatkan RM1.20 sebulan dan…

Read More

55,047 pemilih baharu didaftar Ogos

PUTRAJAYA 25 Sept. – Sebanyak 55,047 nama warga negara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang tempoh 1 hingga 31 Ogos 2025. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 42,464 nama didaftarkan secara automatik sepanjang Julai lalu dan 40,510 yang direkodkan sepanjang Jun 2025. Pemilih baharu bolehlah membuat semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2025 (DPT BLN8/2025) mulai semalam 24 September selama 30 hari sehingga 23 Oktober depan. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Khairul Shahril Idrus berkata, DPT BLN8/2025 telah diperaku dan diwartakan semalam turut…

Read More

Lindungi Flotila Sumud Global

BRUSSELS – Amnesty Antarabangsa Perancis menggesa supaya Flotila Sumud Global dilindungi selepas konvoi bantuan kemanusiaan Gaza itu diserang dron pada waktu malam di perairan Greece. Amnesty Perancis dalam satu hantaran di X berkata, mereka yang berada di atas kapal itu perlu segera dilindungi. “Mereka kini memainkan peranan penting dalam menghadapi sikap tidak bertindak negara-negara dengan cuba mengambil langkah menentang genosid yang sedang berlaku,” kata pertubuhan hak asasi itu. Amnesty Perancis menyifatkan insiden dron itu sebagai ‘ancaman yang tidak boleh diterima’, sambil menegaskan bahawa inisiatif kemanusiaan itu adalah ‘sepenuhnya sah di…

Read More

Mati kebuluran atau cacat seumur hidup

BRUSSELS – “Bantu segera sebelum terlambat” demikian gesaan Pesuruhjaya Kesamaan, Kesiapsiagaan dan Pengurusan Krisis Kesatuan Eropah (EU) Hadja Lahbib mengenai nasib kanak-kanak Palestin yang sedang kebuluran. Katanya, kanak-kanak itu sedang mati kebuluran manakala yang terselamat berdepan risiko kecacatan seumur hidup. “Kanak-kanak ini berhak mendapat lebih daripada sekadar simpati kita. Mereka berhak mendapat tindakan, keberanian dan keazaman kita,” katanya pada acara peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Seruan Bertindak untuk Kanak-Kanak Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Menurut beliau, kebuluran telah pun diisytiharkan di Bandar Gaza, di mana sejak Januari,…

Read More