Lindungi Flotila Sumud Global

BRUSSELS – Amnesty Antarabangsa Perancis menggesa supaya Flotila Sumud Global dilindungi selepas konvoi bantuan kemanusiaan Gaza itu diserang dron pada waktu malam di perairan Greece.

Amnesty Perancis dalam satu hantaran di X berkata, mereka yang berada di atas kapal itu perlu segera dilindungi.

“Mereka kini memainkan peranan penting dalam menghadapi sikap tidak bertindak negara-negara dengan cuba mengambil langkah menentang genosid yang sedang berlaku,” kata pertubuhan hak asasi itu.

Amnesty Perancis menyifatkan insiden dron itu sebagai ‘ancaman yang tidak boleh diterima’, sambil menegaskan bahawa inisiatif kemanusiaan itu adalah ‘sepenuhnya sah di sisi undang-undang antarabangsa’.

“Perlindungan mereka adalah perlu dan mendesak!” menurut kenyataan itu.

Flotila Sumud Global yang belayar awal bulan ini berusaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza serta menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan untuk 2.4 juta penduduk Palestin yang hidup dalam kepungan sejak 18 tahun lepas.

Related posts

Leave a Comment