SEPANG 23 Sept. – Parti Bumiputera Perkasa (Putra) mendakwa skim Rakan KKM yang melibatkan hospital kerajaan terpilih sebagai mengkhianati prinsip asas perkhidmatan awam serta menjadi medan kasta moden. Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia Nurhafizah Jamalludin berkata, hospital kerajaan sepatutnya menjadi simbol keadilan bukannya kelihatan golongan kaya diutamakan manakala yang miskin dipinggirkan. Program ini katanya menawarkan perkhidmatan “premium ekonomi” di hospital awam terpilih bagi rawatan elektif pesakit luar, harian dan dalam wad – termasuk penjagaan peribadi, pilihan pakar dan privasi yang dipertingkat. Katanya, hospital kerajaan wujud untuk memberi rawatan sama rata…
Read MoreDay: September 23, 2025
Janji GRS lantik Timbalan Ketua Menteri Cina
KOTA KINABALU 23 Sept. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melantik seorang wakil rakyat Cina sebagai Timbalan Ketua Menteri sekiranya diberi mandat membentuk Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17. Ketua Menteri, Hajiji Noor, berkata beliau akan berbuat demikian sekiranya ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat. “Sekiranya ramai pemimpin Cina berjaya dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan melantik salah seorang daripada mereka sebagai Timbalan Ketua Menteri,” katanya pada Malam Mesra bersama masyarakat Cina, sekolah mubaligh, sekolah persendirian Cina dan badan agama bukan Islam di Dewan Hakka di…
Read MoreBerita pilihan…
Perancis secara rasmi iktiraf Palestin
NEW YORK – Perancis secara rasmi mengumumkan pengiktirafan negara Palestin semasa pembukaan sidang kemuncak khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjelang sidang agung tahunan Pengumuman oleh Presiden Emmanuel Macron di hadapan delegasi antarabangsa itu mendapat tepukan gemuruh. “Setia kepada komitmen sejarah negara saya terhadap keamanan di Asia Barat, saya mengisytiharkan bahawa hari ini, Perancis mengiktiraf negara Palestin,” kata Macron Langkah ini menyusul pengiktirafan serupa oleh Britain, Kanada, Australia dan Portugal sehari sebelumnya, menandakan gelombang sokongan baharu terhadap penyelesaian dua negara yang telah lama terbantut. Israel dan Amerika Syarikat (AS) memboikot…
Read MorePrinsip asas PBB terancam
ISTANBUL – Prinsip asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdepan ancaman yang tidak pernah dialaminya sebelum ini ketika menyambut ulang tahun ke-80, organisasi itu semalam. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres merujuk kepada krisis berterusan di mana orang awam menjadi sasaran dan undang-undang antarabangsa dipijak di Gaza, Ukraine, Sudan dan lain-lain, sementara kemiskinan serta kebuluran meningkat. “Ketika ini, prinsip PBB diserang seperti tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Guterres dalam ucapannya di Perhimpunan Agung sempena ulang tahun berkenaan. Mengenai cabaran iklim, Guterres berkata, “Planet ini terbakar, dengan kebakaran, banjir dan suhu panas…
Read More