KOTA KINABALU 20 Sept. – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), sebaliknya hanya akan meletakkan calon di kawasan yang berpotensi menang.
Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, ada jumlah kerusi yang akan diletakkan calon berdasarkan kepada kebolehmenangan di mana pendekatan itu bagi memastikan strategi yang lebih berfokus dan berkesan dalam menghadapi PRN
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Skuad Sukarelawan BN Negeri Sabah di Menara UMNO, di sini.
Beliau pada masa sama optimis BN mampu melepasi pencapaian 14 kerusi yang dimenangi pada PRN Sabah sebelum ini.
“Ya pasti, kerana dulu kita memenangi 14 kerusi dan (kali ini) pasti lebih daripada 14. Jadi selain daripada 14 kerusi yang ada, tetapi enam daripada yang melompat, jadi atas daripada 14 itu adalah kerusi-kerusi di kawasan-kawasan DUN yang kita anggap baharu.
“Namun kita yakin kebanyakannya akan memihak kepada Barisan Nasional,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan akan bekerjasama dengan ‘third force’ di Sabah menjelang PRN akan datang. bagi memastikan kerusi yang dipertaruhkan memihak kepada calon BN.
Kita akan kerjasama dengan third force di Sabah ini untuk menentukan bahawa kerusi-kerusi itu akan memihak kepada calon-calon Barisan Nasional,” katanya.
Beliau dalam masa sama sekali lagi menegaskan, BN telah memuktamadkan perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN nanti.
“Kita telah memuktamadkan perbincangan dengan PH, sekurang-kurangnya supaya tidak berlaku pertindihan. Namun, kita akan memuktamadkan sepenuhnya apabila pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) itu telah rasmi dibuat,” jelasnya.
Nnnn
